Artis hangatkan Go Green Revolution - Utusan Malaysia

Artis hangatkan Go Green Revolution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penglibatan artis sebagai pengguna motosikal elektrik (EV) mampu memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran dan penerimaanmasyarakat.

Menurut Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, pelancaran ini merupakan langkah awal dalam mempopularkan penggunaan motosikal elektrik, khususnya dalam kalangan generasi muda melalui pendekatan yang mesra pengguna dan lebih inklusif.

Malah, penyertaan rakan artis seperti Johan, Cat Farish, Ajak Shiro dan Nabil Ahmad untuk terlibat dalam program ini, bukan sahaja kerana populariti mereka, tetapi juga hubungan peribadi yang terjalinsejak sekian lama.

“Mereka bukan sekadar selebriti, tetapi rakan yang saya percaya mampu menyuntik nilai positif kepada jenama GGR Motor.

“Acara akan bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang, melibatkan sesi pelancaran, pameran produk, jaringan bersama pelabur dan media.

“Pada sebelah malam, acara diteruskan dengan persembahan komuniti, sesi ‘test ride’, cabutan bertuah dan aktiviti santai bersama peminat EV,” katanya.

Dalam pada itu, penyampai radio popular Hot FM iaitu, Johan menjadi antara rakan kolaborasi utama dalam perancangan membuka kedai bersama selebriti selepas pelancaran ini.

Tambahnya, Syarikat automotif tempatan, GGR Motor, yang diinspirasikan daripada filem ikonik Gila-Gila Remaja, kini melangkah ke era baharu dengan melancarkan inisiatif Go Green Revolution.

Usaha ini disokong oleh pelancaran rasmi motosikal elektrik (EV) terbaharu mereka dengan kerjasama Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH MOTOR) Sdn Bhd sebagai Rakan Strategik Eksklusif dan pengedar sah utama motosikal EV.

Majlis pelancaran dijadual berlangsung pada 28 Jun 2025 di Saloma Kuala Lumpur, turut dihadiri oleh barisan kenamaan selain barisan artis popular tanah air seperti, Bella Astillah, Johan, Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Farid Kamil dan Cat Farish.

Untuk rekod, Bella pernah menerima hadiah skuter elektrik daripada GGR Motor dalam kolaborasi bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dua tahun lalu, ketika penyanyi itu sedang hangat dengan kontroversi rumah tangganya.

“Ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi satu usaha untuk mengubah persepsi dan budaya mobiliti.

“Kita mahu generasi masa depan menganggap EV sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian,” tambahnya.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif hijau, GGR Motor turut mengumumkan penajaan dua unit LionG1 e-bike bernilai RM2,054 setiap satu sebagai hadiah kepada penonton bertuah di konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025), yang dijadualkan pada 26 dan 27 Julai 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN