YB sayang Bella tak? Netizen usik Syed Saddiq

YB sayang Bella tak? Netizen usik Syed Saddiq

syed saddiq
YB sayang Bella tak? Tanya warga net kepad Syed Saddiq.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah terus menjadi tumpuan warga maya.

Terbaharu, sewaktu sesi siaran langsung antara kedua-duanya, telah diajukan soalan berbaur usikan sama ada Syed Saddiq sayang Bella.

Dalam sesi secara langsung di TikTok itu, Syed Saddiq dan Bella sedang menandatangani buku yang ditulis oleh pengasas parti MUDA itu sebagai persiapan menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang akan bermula esok.

Tetapi ruang komen penuh dengan pelbagai usikan apabila kedua-duanya ‘diserang’ dengan soalan-soalan nakal.

syed saddiq

Antara soalan yang ditanya ialah: “YB sayang Bella tak?”

Yang mana ia menyebabkan Syed Saddiq terdiam seketika dengan wajah berubah seperti cuba menahan rasa malu.

Tetapi kemudiannya beliau menjawab bahawa tidak semua perkara beliau perlu beritahu kepada umum.

Katanya, ada perkara yang perlu disimpan secara peribadri.

“Saya tahu nak jawab, tetapi nak saya jawab secara depan khalayak ke,” tanya Syed Saddiq.

Jawapan itu mengundang pelbagai reaksi dan ada yang menganggap terkandung maksud yang tersirat daripada Syed Saddiq. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN