Tolong jaga sensitiviti dan perasaan ibu hamil - Isteri Fizo Omar - Utusan Malaysia

Tolong jaga sensitiviti dan perasaan ibu hamil – Isteri Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri mengakui terkilan apabila menerima banyak pertanyaan mengenai dirinya yang sering hamil jarak dekat oleh warganet di media sosial.

Fazeera menyifatkan pertanyaan tersebut seperti tidak menjaga sensitiviti dan perasaan seorang ibu hamil.

Namun apa yang lebih mengecewakan, katanya, soalan itu dilontarkan oleh kaum wanita sendiri.

“Saya ingin pesan di sini, tolong jaga sensitiviti orang lain. Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga peranakan ke, suami tak kisah kesihatan mental ke?

“Saya sangat kecewa dengan soalan-soalan sedemikian sampai tak tahu nak menjawabnya.

“Kenapa mesti soalan begitu datang daripada kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh?

“Jarang soalan begini diajukan oleh kaum lelaki. Tolong hormat keputusan orang lain,” katanya.

Fazeera berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok bagi membalas pertanyaan seorang pengguna media sosial yang bertanya ‘mengandung lagi, tak letih?’ kepadanya.

Jelas Fazeera lagi, kehamilan tidak langsung memberi beban terhadapnya, sebaliknya bersyukur dikurniakan zuriat yang ramai.

“Saya tak rasa yang mengandung ini memberikan saya satu beban dan memberi keletihan melampau.

“Saya tak pernah tunjuk diri saya menyesal beranak ramai dan ada anak yang rapat. Sebaliknya saya tunjuk kegembiraan dan syukur dalam media sosial.

“Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat,” ujarnya.

Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN