JAKARTA: Menerima anugerah penghargaan daripada Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Festival Filem Cannes, Perancis, baru-baru ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Syahrini, turut meraih pujian suaminya, Reino Barack.
Melalui satu hantaran di Instagram, Reino, meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian isterinya itu selain menyifatkan wanita itu luar biasa.
“Tahniah atas pencapaian ini, sangat bangga denganmu Syahrini.
“Penghargaan ini membuktikan apa yang aku selalu mengenalmu, seorang wanita luar biasa,” katanya.
Sementara itu, Syahrini turut mengungkapkan rasa syukurnya dan menyifatkan penghargaan daripada UNESCO ini sebagai motivasi untuk kembali aktif di dunia muzik dan hiburan.
Bagaimanapun, dalam menyusun atur semula perjalanan kerjaya seninya kembali, Syahrini juga berusaha memastikan bahawa rumah tangganya mampu kekal harmoni.
“Menerima penghargaan ini mendorong saya untuk kembali semula ke dunia muzik dalam hidup saya.
“Saya menantikan untuk berbahagi dengan dengan anda semua ( peminat) dalam masa terdekat. Saya jug mendedikasikan penghargaan ini untuk semua wanita di dunia,”ujarnya.
Terdahulu, penyanyi lagu Kau Yang Memilih Aku dan Seperti Itu ini menerima penghargaan berprestij Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact menerusi platform ‘Listen To Her Parole’ daripada UNESCO.
Acara ini merupakan sebahagian daripada perayaan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang melalui rubrik khusus majalah Discrte Magazine.