Tak salah jadi ‘kaki game’ tapi biar sederhana sahaja - Elizabeth Tan - Utusan Malaysia

Tak salah jadi ‘kaki game’ tapi biar sederhana sahaja – Elizabeth Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan pempengaruh media sosial terkenal, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya merupakan peminat tegar permainan video sejak dari kecil lagi.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, minat itu tercetus hasil pengaruh abangnya yang juga seorang ‘kaki game’ yang aktif.

“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali.

“Antara yang saya suka main ialah Lineage2M.
Boleh dikatakan agak ‘hardcore’ juga. Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai permainan ini dengan pemain dari luar negara.

“Ada satu lagi trivia, kalau nak tahu, saya ada seorang kawan yang bertemu jodoh ketika bermain Lineage2M. Gara-gara ‘game’ ini, dia berkenalan dan akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang,”katanya.

Bagaimanapun, jelas Lizzy, dia sedar mungkin wujud pandangan kecil daripada segelintir pihak bahawa hobi seperti ini tidak mendatangkan manfaat.

Menepis pandangan itu, kata penyanyi lagu Rezeki ini, sekiranya dilakukan secara terkawal, ia sebenarnya boleh memberi impak positif.

“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas.

“Banyak permainan yang memerlukan strategi dan reaksi cepat, dan ini sangat membantu dalam kehidupan seharian,”katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai kejutan berupa kotak misteri yang dihantar menggunakan dron kepadanya, Lizzy berkata, ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan luar biasa.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.

“Tak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat ‘advance’!”katanya.

Terdahulu, Lizzy merupakan antara selebriti terawal yang menerima pakej eksklusif ke dunia fantasi Lineage2M menerusi penghantaran dron yang berlangsung pada 10 Mei lalu.

Selain Lizzy, apa yang menarik, selebriti lain yang menerima kotak misteri yang sama ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta dua lagi pempengaruh iaitu Cathryn Li dan Han Xiiao Aii.

Kempen itu dijayakan oleh keempat-empat mereka menjelang pelancaran rasmi Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini.

Sejak video kempen dron tersebut dikeluarkan, ianya telah menjadi tular dan mendapat lebih daripada 350 ribu tontonan dalam masa 5 hari, dan terus meningkat dari hari ke hari.

Lineage2M merupakan sekuel terbaharu francais ikonik Lineage, sebuah permainan peringkat global yang telah menjangkau hampir tiga dekad dan menyatukan pemain merentas generasi.

Dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1998, harta intelek ini telah mengumpulkan lebih 100 juta pengguna global, mengukuhkan kedudukannya sebagai gergasi dalam dunia MMORPG.

Kini diberi nafas semula dalam Unreal Engine, Lineage2M menawarkan pemain Malaysia dunia sinematik 4K yang menakjubkan, pertarungan masa nyata berskala besar, dan permainan merentas platform di telefon pintar dan PC semuanya lebih lancar, tanpa putus atau kompromi pada kualiti grafik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN