Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu - Utusan Malaysia

Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Sheila Rusly, meraih pujian ramai warganet apabila tindakannya melayan menantu, Elisya Sandha bak puteri raja ketika sedang berpantang dianggap sangat menyentuh hati.

Menerusi satu hantaran video, Sheila dilihat semangat menyediakan pelbagai menu makanan berpantang untuk Elisya dan ia telah menarik perhatian netizen.

Sheila juga sempat meluahkan rasa teruja apabila menantunya itu mahu menjalani proses berpantang anak kedua di rumahnya.

“Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis rancang menu,” kongsinya.

Momen menarik yang menjadi bualan ramai ialah apabila adik kepada aktres Fasha Sandha itu memeluk ibu mentuanya itu sebagai tanda berterima kasih kerana menyediakan makanan berpantang buatnya.

Kalangan warganet menyifatkan Elisya seorang menantu bertuah kerana mempunyai ibu mentua yang baik seperti Sheila.

“Bestnya dapat mentua macam ini. Kita pun gembira nak pantang.

“Cita-cita aku nak jadi mentua macam ini. Sebab aku nak dia gembira jadi isteri anak aku nanti.

“Beranak ramai pun tak kisah ini kalau dapat mak mentua macam ini,” komen beberapa pengguna media sosial.

Pada Jumaat lalu, Elisya berkongsi berita gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN