Fattah Amin simpati Fazura diuji isu saman RM4.65 juta - Utusan Malaysia

Fattah Amin simpati Fazura diuji isu saman RM4.65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, 35, memilih untuk enggan mengulas mengenai dakwaan syarikat milik bekas isterinya iaitu Fazura berhutang RM4.65 juta kepada sebuah kilang pengeluar tudung.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia bagaimanapun bersimpati dan mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya itu dalam mendepani ujian tersebut.

Fattah berkata, dia turut mengharapkan urusan ibu kepada anaknya, Nur Fatima Aisya, itu juga dipermudahkan.

“Saya pun sebenarnya tak berani nak komen pasal itu tapi kita sebagai yang mendengar berita itu, kita rasa bersimpati dan kita mendoakan yang terbaik.

“Saya tak boleh komen banyak sebab itu adalah hal ‘personal’ sebab kita pun tak tahu bila kita akan diuji dan bila kita diuji kita pun kita tak nak orang kata bukan-bukan tanpa tahu cerita sebenar.

“Kita sebagai orang luar kena mendoakan yang terbaik dan semoga dipermudahkan urusan. Doa pun bukan orang lain, dia adalah ‘mommy’ kepada anak saya jadi kita doakan yang terbaik,” katanya.

Jelas Fattah, dia sebenarnya hanya mengetahui berita berkenaan selepas dilaporkan oleh media tempatan.

“Bila keluar berita itu baru saya tahu dan memang saya tak tahu pasal itu,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui Pesta Unifi TV Lagi Best sempena ulang tahun ke-12 Unifi TV di Centre Court, The Curve, Mutiara Damansara, di sini petang tadi.

Sebelum ini media melaporkan pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura didakwa berhutang sebanyak RM4.65 juta dengan syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd.

Difahamkan, syarikat terbabit sudah memfailkan tuntutan mengikut lunas undang-undang selepas syarikat milik Fazura iaitu Pink Fate Sdn Bhd enggan memberikan kerjasama.

Obor Holding Sdn Bhd selaku pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd yang diketahui umum sinonim dengan Fazura selaku pengasas bersama dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022.

Namun, Pink Fate hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah itu sekali gus masih berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.

Obor Holding turut mendakwa pihaknya mula berdepan kesukaran untuk mengutip bayaran sejak Disember 2023.

Sehingga kini, Fazura belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN