Bukan semua penganjur di Malaysia begitu- Nadin Amizah - Utusan Malaysia

Bukan semua penganjur di Malaysia begitu- Nadin Amizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Nadin Amizah, tidak menyimpan dendam walaupun persembahan yang sepatutnya berlangsung di sebuah festival tahun lalu dibatalkan saat akhir.

Walaupun Nadin atau Nadin Amizah Harahap, 25, sudah tiba di Malaysia ketika itu, pengalaman tersebut dianggap sebagai asam garam seorang penyanyi tanpa perlu berasa trauma.

“Tak trauma tetapi saya lebih berjaga-jaga dan akan teliti dengan siapa saya bekerjasama. Itu yang dilakukan pada tahap awal.

“Memang sebelum ini gagal tetapi saya yakin bukan semua penganjur di Malaysia yang begitu,” katanya.

Nadin ditemui di majlis sidang akhbar untuk Showcase Malam Mendengar Nadin Amizah, semalam.

Mengulas persembahan keduanya di Malaysia menerusi Malam Mendengar, penyanyi Rayuan Perempuan Gila itu bakal mengetengahkan susunan muzik istimewa dengan iringan orkestra.

Nadin lega, kerana dapat melihat set sebelum acaran bermula di Zepp Kuala Lumpur malam nanti.

“Semoga berjalan lancar sampai selesai pun sudah cukup buat saya lega sangat.

“Sebelum ini masa datang ke Malaysia saya tidak sampai ke lokasi persembahan. Dari lapangan terbang terus ke hotel dan tiba-tiba konsert dibatalkan.

“Sekarang sudah ada di lokasi persembahan, alat muzik juga dah ada di atas pentas dengan sangat lengkap, insya-Allah semua okey,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai persembahannya malam ini, Nadin berjanji akan memberikan sebuah showcase dengan konsep sangat intim bersama peminat.

“Kali ini saya teruja nak bawa warna baru yang penonton Malaysia belum pernah tengok di atas pentas. Lagipun sebelum ini rambut saya masih berwarna hitam.

“Ketika itu banyak lagu yang saya belum berani bawakan sebab rasa penonton Malsyai tak boleh terima karya dalam album Selamat Ulang Tahun tetapi ternyata saya salah.

“Jadi, kali ini saya bawakan banyak lagu dan teruja nak tunjuk saya bukan individu baharu tetapi ada banyak perkara yang mahu penonton dengar,” jelasnya.

Showcase yang dianjurkan Renjana Idea itu bakal dihadiri 40 pemuzik orkestra profesional yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN