Buka mulut selepas 48 tahun, wanita dakwa anak Freddie Mercury - Utusan Malaysia

Buka mulut selepas 48 tahun, wanita dakwa anak Freddie Mercury

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EROPAH: Peminat rock hari ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan tentang legenda kumpulan rock Queen, Freddie Mercury, yang dikatakan mempunyai seorang anak rahsia buat pertama kali selepas 48 tahun.

Pendedahan itu tercetus menerusi sebuah buku biografi bertajuk Love, Freddie, yang ditulis oleh seorang wartawan Lesley-Ann Jones yang menggelarkan anak rahsia tersebut sebagai B.

Menurut laporan berita luar negara, B merupakan anak perempuan kandung Freddie, hasil hubungan sulit bersama dengan isteri kepada seorang rakan karibnya pada tahun 1976.

Laporan itu juga melaporkan, hanya beberapa individu rapat sahaja yang mengetahui kewujudan B, termasuk ahli-ahli kumpulan Queen, ibu bapa Freddie, adik perempuannya dan bekas pasangannya, Mary Austin.

Menurut sepucuk surat yang ditulis B dalam buku tersebut, dia menzahirkan rasa kasih sayang mendalam terhadap figura ayahnya yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Freddie Mercury ialah dan tetap merupakan ayah saya.

“Kami mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penuh kasih sayang sejak saya dilahirkan sehinggalah 15 tahun terakhir hidupnya.

“Dia menyayangi dan sangat mengambil berat tentang saya.

“Dia tidak pernah membiarkan status saya atau keadaan kelahiran saya menjadi penghalang untuk mencurahkan kasih sayang sepenuhnya.

“Dia melindungi saya seperti harta paling berharga dalam hidupnya,” katanya.

B turut mendedahkan bahawa Freddie telah menyerahkan 17 journal peribadi kepadanya sebelum pemergiannya pada tahun 1991 akibat komplikasi berkaitan AIDS.

Namun, baru-baru ini dia telah menyerahkan journal-journal tersebut kepada penulis buku itu untuk digunakan dalam penulisan buku yang dijangka akan terbit akhir tahun ini.

Difahamkan B kini tinggal di Eropah dan bekerja sebagai seorang profesional dalam bidang perubatan dan sudah berkeluarga serta mempunyai anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN