Ramai pengarah cuba lamar bodyguard saya jadi pelakon - Cik B - Utusan Malaysia

Ramai pengarah cuba lamar bodyguard saya jadi pelakon – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan pempengaruh, Cik B, 20, mendedahkan, ramai kalangan pengarah tanah air telah cuba melamar pengawal peribadinya, (bodyguard) untuk terlibat dalam dunia lakonan berikutan memiliki rupa paras yang tampan.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, meskipin pengawal peribadinya menjadi dambaan ramai namun dia yakin lelaki yang dikenali sebagai Faris itu tidak akan terjebak dengan dunia lakonan.

“Selama dia bekerja dengan saya, kerja dia bagus. Walaupun tampan, tetapi dia seorang introvert.

“Sebab itu saya tak risau kalau ada yang nak dia jadi pelakon sebab yakin dia tak akan mahu jadi pelakon. Dia sangat pemalu.

“Sudah ramai pengarah yang cuba lamar dia. Ramai yang datang jumpa saya minta nombor telefonnya. Dia tak nak jadi pelakon,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pengawal peribadinya itu, kata penyanyi lagu Tolonglah ini berkata, Faris mula bekerja dengan keluarganya sejak setahun lalu namun mula diambil sebagai bodyguard sejak dua bulan lepas.

“Mak saya ramai kakitangan. Tapi dalam ramai-ramai itu, mak saya tengok dia ini ada rupa. Pula itu, punyai latar belakang dalam seni mempertahankan diri dan selalu sertai perlawanan.

“Jadi mak ambil dia sebagai bodyguard saya. Dua bulan sudah dia mula ikut saya. Saya ini pula suka keluar, jadi mak mahu ada bodyguard ikut saya sentiasa.

“Tapi dia ini pun bukannya mahu popular. Sejak ikut saya ke mana-mana, masuk dalam video dan gambar saya, boleh dikatakan Faris ini popular tanpa sengaja,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya