Konflik di India, Amar Baharin ubah laluan misi Kembara Mekah - Utusan Malaysia

Konflik di India, Amar Baharin ubah laluan misi Kembara Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perubahan laluan terpaksa dilakukan oleh pelakon, Amar Baharin, apabila konflik timbul di negara India dan Pakistan yang menjadi antara laluan asalnya dalam misi berbasikal Kembara Mekah.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 40 tahun ini berkata, atas perubahan itu terpaksa dilakukan atas faktor keselamatan.

“Allah sebaik-baik perancang. Kami dimaklumkan oleh Hig Commission of Malaysia di New Delhi keadaan di India dan Pakistan adalah tidak selamat untuk dilalui dalam misi Journey To Tanah Haram.

“Sehubungan dengan itu, kami terpaksa mengubah laluan misi ini atas faktor keselamatan.

“Laluan yang terbaru akan dimaklumkan kemudian,”katanya.

Sebelum ini, isterinya, Amyra Rosli mengakui pada awalnya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Amar akan menjayakan misi tersebut pada bulan ini.

Bagaimanapun, dia reda dan berlapang dada dengan permintaan suaminya itu selain menyokong apa jua yang dilakukan Amar.

Hasil tinjuauan di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat terhadap aktor itu selain mendoakan keselamatannya.

Misi Kembara Mekah yang menjadi impian Amar ini bakal menyaksikan perjalanannya mengambil jarak 8,0000 kilometer bermula 28 April ini.

Kayuhan itu akan menyaksikan Amar dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya