Izmer Mustapha puji kesederhanaan Irdina Hakim - Utusan Malaysia

Izmer Mustapha puji kesederhanaan Irdina Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh dan selebriti media sosial, Izmer Mustapha, memuji tindakan anak kepada usahawan terkenal, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, iaitu Irdina Hakim Jasman kerana mengutamakan kesederhanaan ketika mengadakan majlis perkahwinan baru-baru ini.

Selamat bergelar isteri kepada Farez Zuhaily pada 25 April lalu, Irdina mencetuskan rasa kagum di hati Izmer kerana tidak bermegah-megah menayangman kemewahan meskipun untuk majlis perkahwinan sendiri.

Bagi Izmer, tindakan anak pengasas produk penjagaan wajah, Dnars Skincare itu harus dicontohi oleh semua pihak terutama dalam mengelak pembaziran selain mencerminkan kerendahan hati.

“Walaupun mampu untuk buat majlis gempak di hotel, keluarga pengantin memilih untuk mengadakan majlis di kediaman arwah ibunya sahaja.

“Malah, dia turut menjemput semua orang dan tidak ada konsep VIP atau Datuk Datin. Layanan yang diberikan sama rata.

Dalam ruangan komen pula, pelbagai reaksi positif diberikan oleh netizen.

“Macam ini baru betul. Yang sokong perniagaan begini kebanyakan orang biasa”, tulis Neesa Roslan.

“Orang yang tahu hukum hakam agama Islam memang sepatutnya buat majlis tidak membeza-bezakan para undangan”, komen Nik Yah Nik Mood dalam hantaran tersebut.

Majlis kenduri pernikahan Irdina Hakim, 22 tahun dengan Muhammad Farez Zuhaily Shah, 23 tahun berlangsung dengan dihadiri lebih kurang 5000 tetamu.

Sementara itu, dalam perkongsian lain, rata-rata warganet meninggalkan komen dengan mengatakan seolah-olah melihat wajah Irdina persis arwah ibunya.

Sehingga kini gambar-gambar dan video di media sosial menerima ribuan tanda suka dari warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN