Dilabel geng Wahabi, Erma Fatima tidak gentar - Utusan Malaysia

Dilabel geng Wahabi, Erma Fatima tidak gentar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menjadi sasaran sesetengah pihak yang taksub dengan pandangan sendiri, pengarah dan penerbit terkemuka tanah air, Erma Fatima mengakui tidak gentar dengan ‘serangan’ pelbagai penjuru yang diterimanya sejak drama Bidaah menjadi tular sehingga ke Indonesia.

Tidak terkejut apabila ada yang melabel dirinya sebagai geng wahabi, Erma mengakui tidak gentar dengan ejekan dan gelaran seperti itu.

“Selagi aku mentauhidkan Allah, aku tidak gentar dengan label dan ‘jenama’ yang anda berikan.

“Kerana kalau Allah berkehendak, dengan satu malaikat pun mampu hancurkan semua kebatilan.

“Pastikan label yang kau berikan kepada aku bukan jenama Israel. Jangan gebtar pada dakwah yang berseni,”katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Pada hantaran yang sama, Erma juga memuat naik satu tangkap layar tulisan seorang individu yang telah membuat tuduhan itu di sebuah platform media sosial.

Tidak mendedahkan nama individu itu, Erma bagaimanapun membidas dakwaan tersebut dengan menyatakan kebenaran harus diperjuangkan.

“Sesiapa sahaja anda, maaf, saya tidak berminat untuk mendedahkan nama anda. Tetapi saya suka dengan ayat yang anda rujuk iaitu kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun.

“Ya, betul! Tetapi kebenaran mesti diurus dan diperjuangkan dengan strategi yang baik, penuh hikmah. Sebab itu Allah suruh kita berdakwah dengan hikmah, hati yang baik dan berdebat dengan cara terbaik, rujuk surah An Nahl ayat 125.

“Lagi pula Islam itu sendiri tentang kebenaran,”katanya.

Terdahulu, Erma berkongsi tangkap layar seorang individu yang membuat andaian bahawa golongan artis dan selebriti menjadi geng wahabi menerusi dakyah sesetengah pihak.

Antarab tulisan individu itu seperti berikut.

“Sekarang ini misi mereka berdakyay pula kepada geng artis untuk jadi wahabi. Rosaklah. Sebahagian asarizah yang mengakui ahli sunah wal jamaah pula bila rapat sikit dengan artis mulalah nak jadi pelakonlah, ajak artis berdakwahlah.

“Sepatutnya mula-mula sekali ajaklah selebriti dan artis itu belajar sifat 20 dulu.

“Ajaklah mereka tolak golongan yang merosakkan akidah dan perpaduan ummah yang esktrem dan sesat, baru betul ahli alsunnah wal jamaah yang hakiki,”tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya