Bijak atasi gangguan teknikal, profesionalisme Lady Gaga dipuji - Utusan Malaysia

Bijak atasi gangguan teknikal, profesionalisme Lady Gaga dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Penyanyi terkemuka antarabangsa, Lady Gaga meraih pujian ramai setelah berjaya mengawal gangguan teknikal ketika membuat persembahan di acara Coachella baru-baru ini.

Tindakan Gaga mengawal masalah mikrofon di awal pertunjukkan itu disifatkan oleh peminat sebagai satu tindakan yang profesional.

Portal berita muzik Billboard melaporkan bahawa masalah itu berlaku semasa lagu kedua nyanyiannya, Abracadabra, apabila mikrofon headset yang dipakainya mula terputus-putus.

Tanpa berlengah, Gaga terus menukar kepada mikrofon tangan dan meneruskan persembahan tanpa sebarang cela, sambil kekal selaras dengan koreografinya.

“Maaf, mikrofon saya rosak sekejap tadi. Sekurang-kurangnya kamu tahu saya menyanyi secara langsung.

“Saya rasa apa yang kita boleh lakukan hanyalah beri yang terbaik, dan saya memang sedang beri yang terbaik malam ini,”katanya.

Gaga kembali ke pentas kemudian dengan memakai mikrofon headset yang baharu, dan meneruskan persembahannya tanpa sebarang gangguan lagi.

Penyanyi berusia 39 tahun itu tampil selepas persembahannya pada hujung minggu pertama pada 11 April, menandakan kemunculan semulanya di Coachella sejak tahun 2017, ketika dia menggantikan Beyoncé.

Kedua-dua persembahan tersebut menampilkan lagu-lagu daripada keseluruhan diskografinya serta lagu-lagu baharu daripada album terbarunya Mayhem, yang memulakan debut di tangga pertama carta Billboard 200 pada bulan Mac.

Persembahan Gaga yang berlangsung hampir dua jam itu memukau penonton di Empire Polo Club, dengan ramai yang memuji sikap profesionalnya dalam menangani masalah teknikal tersebut.

Hujung minggu kedua Coachella masih berlangsung sehingga hari ini, dengan artis utama lain termasuk Green Day, Post Malone dan Travis Scott.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya