Neelofa pernah cuba ‘ponteng’ terawih - Utusan Malaysia

Neelofa pernah cuba ‘ponteng’ terawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, tidak segan mengakui bahawa dirinya pernah mencuba untuk ‘ponteng’ solat terawih di bulan Ramadan.

Menurut Neelofa, bagaimanapun, hal itu tidak terjadi memandangkan suaminya, pelakon serta Penceramah Bebas, Haris Ismail, akan berusaha memujuknya untuk istiqamah melakukan ibadah itu bersama.

“Satu perkara yang pasti, memang ada hari yang saya cuba nak ponteng terawih tapi Haris akan ceramah dekat saya setiap masa.

“Kalau saya tak larat pergi terawih, Haris akan ajak juga.

“Haris akan sentiasa ingatkan saya dan akan pastikan saya pergi terawih,”katanya menerusi perkongsian di Naelofar Official di Tiktok.

Berkongsi lebih lanjut, Neelofa juga mendedahkan dirinya lebih memilih untuk beribadah pada waktu malam.

“Saya lebih suka bangun malam. Tapi terawih ini tiada di bulan lain, di mana kita kena cuba untuk buat dua-dua,”katanya.

Selain itu, PU Riz turut menekankan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang singkat.

Menurutnya, umat Islam sepatutnya menggunakan peluang ini untuk melakukan ibadah terawih.

“Kita kena fikir, masa ini singkat.Kalau ada pemikiran sebegitu, orang yang kita ada masalah pun boleh jadi baik. Ramadan ini kalau perasan, ianya singkat.

“Jadi, apabila datang bulan Ramadan, pastikan ini adalah singkat. Tidak seperti bulan-bulan lain yang kita boleh keluar malam untuk solat ramai-ramai,”ujarnya.

Dalam pada itu, PU Riz juga menyatakan bahawa Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk individu yang cuba untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN