Fattah Amin terkilan dituduh terlalu sibuk hingga abai anak - Utusan Malaysia

Fattah Amin terkilan dituduh terlalu sibuk hingga abai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA : Pelakon, Fattah Amin, mengakui terkilan apabila terdapat segelintir pihak menuduh dia mengabaikan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya,4, kononnya dek terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Tidak cuma itu, Fattah juga menepis dakwaan bahawa dia menjadikan momen pertemuan dengan Fatima pada setiap kali sebagai bahan kandungan di media sosial.

“Ada pihak yang kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak. Saya terkilan dengan tuduhan seperti itu. Tak akanlah setiap kali saya jumpa anak, saya perlu muat naik gambar atau video semata-mata untuk tunjuk kepada semua orang. Buat apa, kan?

“Cuma ada masanya saya rasa nak kongsi, saya akan muat naik. Saya kongsi bukan sebab nak buat konten. Tapi ada pula yang cakap bila dah jumpa anak, nak tunjuk dekat orang. Macam-macam persepsi,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, di sini, semalam.

Menurut Fattah, dia berharap orang ramai dapat hentikan sebarang spekulasi mengenai dirinya dan Fatima.

Ini kerana katanya, mereka masih berjumpa malah bekas isterinya, Nur Fazura turut memberikan kerjasama baik.

“Saya sendiri pening kepala dengan dakwaan-dakwaan ini. Bila saya kongsi, orang kata nak buat konten. Bila tak kongsi, orang kata saya tak jumpa anak.

“Jadi, saya nak perbetulkan keadaan yang saya ada berjumpa anak saya beberapa kali, cuma ada masanya kita faham dia tak sihat dan mungkin tak mahu keluar.

“Jadi tolong jangan salahkan sesiapa kerana perkongsian saya sebelum ini nak beritahu saya ada berjumpa anak saya.

“Pihak Fazura pun memberi kerjasama yang baik. Tak ada sesiapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

Selain itu, ditanya mengenai perkongsiannya yang mendakwa sudah lama tidak bertemu Fatima dan meluahkan rasa risau apabila anaknya itu dilaporkan tidak sihat, Fattah berkata, dia perlu faham situasi yang berlaku.

“Saya tak dapat jumpa dia sebab keadaan dia tidak sihat ketika ini. Sebagai bapa, saya perlu faham keadaan dan perasaan dia, jadi tak boleh nak paksa dia untuk jumpa saya.

“Macam yang anda sendiri tengok keadaan dia tak sihat dan tak mahu berjumpa. Perkongsian saya itu hanya luahan hati seorang bapa saja,”’katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN