Artis lagu ost drama Korea bakal sertai konsert jelajah KOSTCON 2025 - Utusan Malaysia

Artis lagu ost drama Korea bakal sertai konsert jelajah KOSTCON 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi memberi pengalaman berbeza buat peminat lagu-lagu Korea, Hi Five Entertainment bakal tampil dengan inisiatif mengadakan sebuah konsert yang menyajikan hanya lagu-lagu ikonik daripada drama popular dari negara itu.

Menerusi penganjuran Konsert OST KOREA (KOSTCON 2025 TOUR), ia dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat drama dan lagu-lagu Korea di negara ini.

Penganjuran konsert ini turut mendapat
kerjasama penting di antara Hi Five Entertainment dengan Korea Management Federation (KMF) dan Kelebrity Worldwide Inc.

Pengarah Urusan Kumpulan Hi Five Entertainment Sdn. Bhd, Sean Pereira, berkata, pihaknya teruja untuk merealisasikan konsert ini kerana sedar ramai kalangan peminat drama dan industri muzik Korea sudah lama menantikan sebuah acara seperti ini.

“Kami teruja untuk mengadakan konsert ini seperti ini yang turut menyaksikan kami di Hi Five Entertainment Sdn. Bhd dan Kelebrity Worldwide Inc dapat memecahkan tembok hiburan melalui kerjasama antara dua negara.

“Kami telah bekerjasama rapat selama lebih 16 bulan untuk membangunkan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan bagi saya ia menarik dan mengekalkan segmen pasaran baru.

“Kamijuga berterima kasih kepada Pengerusi Yu dari Korea Management Federation dan CEO David Shin dari Kelebrity Worldwide Inc kerana mengetuai pasukan mereka untuk merealisasikan projek ini. Kami berharap
agar jelajah KOSTCON 2025 dapat dilaksanakan dengan jayanya,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, satu majlis menandatangani perjanjian rasmi telag berlangsung di Grand Walkerhill Hotel Seoul, baru-baru ini.

Acara itu menekankan komitmen Kelebrity Worldwide Inc, Hi Five Entertainment Sdn.
Bhd, dan Korea Management Federation untuk memastikan projek bercita-cita tinggi
ini meraih kejayaan.

Dalam pada itu, Sean juga menyimpan matlamat untuk memperluaskan
jangkauan global OST K-drama dan menggalakkan penglibatan yang lebih mendalam dengan audien antarabangsa.

Antara artis yang bakal ditampilkan dalam KOSTCON 2025 ini termasuk Baek Ji Young, Heize, Lyn, Lee Mujin dan K. Will.

Konsert KOSTCON 2025 akan memulakan jelajah ke lima negara Asia iaitu di Jakarta, Indonesia (2 Ogos 2025), Manila, Filipina (6 Ogos 2025), Dubai, UAE (5 September 2025), Bangkok, Thailand (20 September 2025) dan Penang, Malaysia (25 Oktober 2025).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN