Jenazah Nidza Afham sedang dimandikan - Abang ipar - Utusan Malaysia

Jenazah Nidza Afham sedang dimandikan – Abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam telah selamat menjalani prosedur bedah siasat di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam (HSA).

Menurut wakil keluarga iaitu abang ipar Allahyarham, Muhammad Effrie Amron, arwah kini sedang dimandikan dan akan dikafankan sebelum dibawa ke Masjid Shah Alam.

“Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan. Kemudian akan terus dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Unit Perubatan Forensik, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor semalam adalah penyanyi Nidza Afham.

Mayat tersebut ditemukan oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Mayat kemudian dihantar Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, penyanyi, Aufahanie memaklumkan abangnya, Nidza Afham dilaporkan hilang selepas joging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang, kelmarin.

Menurut hasil pemeriksaan telefon bimbit tidak menunjukkan Afham terlibat dengan sebarang pergaduhan atau melakukan pinjaman dengan ceti haram.

Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Klang, pada Selasa pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya