Demi rai Jin, BTS bakal berkumpul - Utusan Malaysia

Demi rai Jin, BTS bakal berkumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kesemua ahli kumpulan band sensasi Korea Selatan, BTS, dikatakan bakal kembali bersama bagi meraikan Jin yang selesai menjalani latihan ketenteraan esok.

Enam anggota yang lain iaitu RM, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook dikatakan telah memohon cuti daripada pusat latihan masing-masing untuk berkumpul meraikan Jin di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Namun begitu, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya, BIGHIT Music mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, BIGHIT Music membuat satu kenyataan menerusi aplikasi Weverse meminta agar peminat tidak mengerumuni kem tentera dan melarang mengadakan sebagai sambutan meraikan Jin.

“Kami gembira Jin bakal keluar selepas menjalani latihan ketenteraan. Kami ingin mengingatkan hari esok ialah masa yang sangat peribadi buat Jin dan keluarganya.

“Tiada acara dan sambutan khusus dirancang untuk meraikan Jin.

“Bagi mengelak terjadi masalah apabila terlalu ramai orang di sana, kami menyarankan agar peminat tidak mengunjungi tempat itu,” tulis mereka.

Terdahulu, Jin merupakan ahli pertama BTS yang dipanggil untuk menyelesaikan latihan ketenteraan bermula pada Disember 2022.

Selepas bertugas selama 18 bulan, ahli BTS paling tua itu akan dilepaskan secara rasmi daripada latihan mulai esok.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Boy With Luv itu dikatakan bakal kembali berkumpul selepas kesemua ahli selesai menjalani latihan ketenteraan pada Jun 2025.

Latihan ketenteraan adalah program wajib bagi semua lelaki di Korea Selatan. Mereka perlu menjalani latihan 18 hingga 21 bulan bergantung kepada pusat latihan yang ditempatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya