Tujuh tahun menanti, Justin Bieber dan Hailey bakal timang anak - Utusan Malaysia

Tujuh tahun menanti, Justin Bieber dan Hailey bakal timang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Setelah hampir tujuh tahun menanti, akhirnya pasangan Justin Bieber dan Hailey Bieber mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Menurut sumber, Hailey kini sedang hamil dengan kandungannya berusia 6 bulan.

Pasangan itu turut membuat pengumuman itu menerusi satu hantaran video di Instagram semalam.

Menerusi video itu, Hailey dilihat anggun menggayakan sepasang gaun berwarna putih selain menunjukkan bahagian perutnya yang sedang hamil.

Pada hantaran yang sama, difahamkan, pasangan ini turut melangsungkan upacara memperbaharui perjanjian perkahwinan mereka.

Bieber dan Hailey mula disatukan sebagai suami isteri pada September 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya