Siti Elizad reda tiada zuriat, fokus kerjaya - Utusan Malaysia

Siti Elizad reda tiada zuriat, fokus kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan mudah untuk melafazkan perkataan reda buat seorang wanita yang sudah bertahun mendirikan rumah tangga apabila perasaan ingin menjadi seorang ibu membuak-buak.

Tidak terlepas buat pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad kini sudah masuk dalam musim reda. Walaubagaimanapun, dia mengakui ‘kalah’ apabila berkaitan anak.

“Akan jadi cliche bila orang macam ‘ala dia ni tak habis-habis pasal zuriat’ tapi sebenarnya bila kita berkahwin, memiliki anak adalah fokus kita sebagai seorang perempuan sebab nak besarkan keluarga.

“Jadi apabila membawa watak yang bermain dengan bayi saya mudah sangat tersentuh tetapi saya tahan dari menangis depan orang ramai. Waktu dapat pegang bayi di set, saya dah terbayang muka anak sendiri macam mana.

“Kawan-kawan muat naik gambar di media sosial, kita tumpang seronok tetapi jauh di sudut hati persoal juga kalau waktu kita nanti macam mana pula.

“Saya berani cakap kebiasaannya majoriti perempuan, walaupun yang belum berkahwin kadang-kadang sudah pilih nama anak, bila sudah pilih tiada pula rezeki untuk ada anak.

“Saya dengan bayi memang kalah,kalau ada saudara mara yang mengandung mereka sampai tak nak cakap dalam kumpulan Whatsapp sebab takut saya terasa,” kata pelakon berusia 40 tahun.

Sebelum ini, Elizad yang membawa watak Hani dalam telefilem ‘Antara Pilihan’ turut berkongsi, dia mudah terusik apabila berkaitan anak, justeru dia mengambil peluang di set untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada bayi tersebut walaupun tidak lama.

Dalam pada itu, Elizad berkata orang di sekeliling penyuntik semangat buat dirinya untuk menjadi seorang yang reda pada hari ini.

“Saya banyak berjumpa dengan ustaz, ustazah dan ramai orang untuk ambil kata-kata semangat. Saya percaya mungkin Allah tak beri rezeki zuriat kepada saya tapi sibukkan saya di set sampai saya kena pilih naskah.

“Saya rasa betul apa yang Allah kata, tak semua Dia akan bagi 100 peratus dekat kita, ditarik sedikit nikmat, diberi ujian nak tengok kita boleh hadapi atau tidak.

“Bila masuk musim reda ni, saya nampak Allah bagi macam-macam yang tak disangka walaupun nak bercakap pasal reda agak berat sebenarnya,” katanya dalam nada menahan sebak.

Sedar tentang kekurangan diri, Elizad ditawarkan oleh seorang wanita untuk menjadi isteri kedua namun tawaran itu ditolak lembut oleh suaminya.

“Saya tengok zaman sekarang mereka memang berani untuk hantar mesej sebegitu. Saya masih terima mesej menerusi Instagram dari wanita tersebut untuk menjadi isteri kedua.

“Wanita tersebut ada anak-anak dan dia ada cakap kalau sudi dia boleh buat kerja-kerja rumah selagi boleh jaga dia dan anak-anak.

“Saya ada bagitahu suami tentang perkara ini, sebab kita sedar tentang kekurangan diri tetapi suami tolak katanya yang seorang ini pon sudah pening kepala,” cerita Elizad.

Mengulas lanjut tentang cerita cinta lokasi, Elizad berpegang teguh pada kata-kata suaminya untuk tidak memulakan sesuatu perkara itu.

“Saya pegang kata suami, don’t start. Di set penggambaran tiada istilah untuk terus berhubung di hingga ke luar set bina chemistry. Kalau kita pelakon hebat, saya pasti watak boleh diubah dalam sekelip mata saja.

“Setiap orang ujian kita berbeza-beza. Kalau untuk ke fasa mengganggu bermula dengan kata-kata cinta selagi boleh elak, kita perlu elak. kalau boleh elak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya