Naim Daniel 'ajar' warganet, Hafiz Suip menyepi, jijik bergambar dengan Seungri - Utusan Malaysia

Naim Daniel ‘ajar’ warganet, Hafiz Suip menyepi, jijik bergambar dengan Seungri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH beberapa minggu dunia hiburan hangat dengan pelbagai kontroversi daripada kisah rumah tangga artis sehingga isu boikot di laman sosial. Nampaknya minggu ini semuanya tenang dan santai-santai sahaja.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang menjadi tumpuan warganet di media sosial. Kita mulakan dengan hal membabitkan pelakon dan penyanyi, Naim Daniel yang menerima ugutan bunuh impak daripada gerakan Blackout 2024 yang semestinya mempunya beberapa kelompongan.

Berani komen, beranilah tanggung

Sebelum ini Naim pernah berkongsi tangkap layar beberapa komen yang mencacinya sehingga mengeluarkan komen mengugut membunuh ibu bapanya. Siapa sangka, dalam diam, Naim menyerahkan semua bukti itu kepada pihak polis.

Kata Naim, laporan yang dibuat di Balai Polis Semenyih itu diadakan demi melindungi keselamatan kedua orang tuanya.

Individu yang mengugut Naim, iaitu seorang lelaki berumur 24 tahun berasal daripada Perak telah ditahan polis dan telefon bimbitnya dirampas. Naim berharap kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada pengguna media sosial agar berhati-hati menurunkan komen di media sosial.

Dia juga menegaskan sejak dulu lagi sokongan yang diberikannya teguh bersama Palestin dan tidak pernah sesekali menyokong kekejaman Zionis.

Apa jadi dengan Hafiz Suip?

Tidak ada angin dan ribut, tiba-tiba penyanyi Hafiz Suip hilang dari radar industri hiburan. Tindakannya menyah aktif semua akaun media sosial telah menimbulkan tanda tanya kepada peminat. Menurut pengurusnya, Philip, akaun media sosial Hafiz tidak digodam. Pihaknya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada penyanyi itu.

Namun begitu, beberapa spekulasi mula timbul apabila ada yang mengaitkan kehilangan penyanyi Awan Nano itu dengan status rumah tangganya yang retak.

Mana tidaknya, kelibat penyanyi itu tidak kelihatan dalam video sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah.

Tambahan pula ulang tahun kelahiran dan perkahwinan mereka jatuh pada tarikh yang sama. Spekulasi itu bagaimanapun dinafikan pengurusnya. Sehingga kini Hafiz tidak mengangkat panggilan telefon dan menjawab mesej daripada Utusan Malaysia. Semoga dia baik-baik saja.

Masih ada yang mahu bergambar dengan Seungri?

Semenjak syarikat media BBC menerbitkan sebuah dokumentari menceritakan skandal seks terbesar Korea Selatan, Burning Sun. Ramai yang mula membuka mata melihat betapa jijiknya aktiviti pelacuran, rogol, dadah dan rakaman tanpa izin berlaku di kelab tersohor bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri.

Walaupun kelab bernama Burning Sun itu telah ditutup, ramai pengguna media sosial tidak menyangka penyanyi terkenal negara itu tergamak melakukan tindakan terkutuk tersebut. Rata-rata pengguna media sosial juga kecewa kerana Seungri masih dianggap sebagai selebriti dan beberapa kali diundang ke Malaysia.

Tidak sangka ramai berbangga bergambar dengan lelaki yang memegang rekod jenayah sebegitu buruk di Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya