Cetus kemarahan warga Singapura, Erma Fatima mohon maaf - Utusan Malaysia

Cetus kemarahan warga Singapura, Erma Fatima mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tampil membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini terhadap kekasih gelap, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmin.

Bagaimanapun, Erma, 56 yang didakwa cuba mencetuskan kemarahan warga Singapura, tetap dengan pendirian tentang perbuatan wanita Singapura yang sebelum ini dianggap telah membuka aib selebriti Malaysia.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya terima kalau ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya.

“Saya memohon maaf kalau kenyataan saya sebelum ini mengguris hati orang Singapura, tetapi saya tetap dengan pendirian, perbuatan perempuan itu menjatuhkan maruah wanita lain dan anak seni,” katanya.

Sementara itu, Erma turut memaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan oleh peguamnya menerusi video siaran langsung di Instagram yang dibaca oleh pengacara, Roslan Shah.

Tambah Erma, dia tidak mempunyai sebab untuk bermusuh dengan rakyat Singapura, kenyataan itu hanya ditujukan kepada Sarah.

“Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan untuk keluarkan sebarang kenyatan tentang isu ini.

“Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka cara perempuan itu cuba membuka aib orang yang tiada kaitan dalam kes Aliff.

“Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini mereka diterima baik sebab kelakuan mereka baik,” jelas Erma.

Terdahulu, Erma lantang bersuara dan meminta Sarah pulang semula ke Singapura dan menyelesaikan masalah melibatkan Aliff Aziz di sana.

Namun, dia dituduh bermain dengan sentiment negara sehingga menyebabkan warga Singapura marah dengan kenyataan yang disifatkan kasar.

Sebelum ini, Sarah muncul dengan membuat pendedahan dirinya adalah kekasih gelap Aliff sejak Januari lalu.

Selain itu, Sarah juga membuat pendedahan perbualan menerusi Instagram miliknya yang mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN