Aina Abdul versi ‘patuh’, tidak bergaduh dengan muzik - Utusan Malaysia

Aina Abdul versi ‘patuh’, tidak bergaduh dengan muzik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bernyanyi dengan orkestra berbeza, sebelum ini langgar saja,”

Demikian respons penyanyi, Aina Abdul, ketika mengulas mengenai konsert pertamanya bersama pasukan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), semalam.

Mengakui mencabar, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berbangga kerana dapat menunaikan impiannya sejak dulu untuk bernyanyi di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

“Pentas ini sangat berbeza dengan konsert-konsert saya sebelum ini. Ia menunjukkan sisi Aina Abdul yang sedikit ‘patuh’ kerana sebelum ini saya menyanyi main ‘langgar’ sahaja.

“Ia juga adalah pengalaman pertama saya bersama kumpulan pemuzik orkestra yang besar.

“Seramai 60 pemuzik mengiringi persembahan saya dan percayala, ini adalah impian ramai penyanyi di Malaysia termasuk saya,” kata Aina.

Penyanyi Sumpah itu ditemui Utusan Malaysia di sidang media konsert Aina Abdul Bersama MPO yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengenai keunikan bernyanyi dengan iringan orkestra, Aina mengakui persembahannya kali ini lebih tenang bagi menjaga kesimbangan simfoni yang dimainkan.

“Menyanyi secara simfoni ini memberi saya banyak ruang untuk bermain dengan suara yang tidak saya pernah dapat seperti ini.

“Selain itu konteks persembahan juga berbeza. Pemuzik orkestra mempunyai dinamik dalam skor muzik mereka dan begitu juga saya.

“Saya cuba untuk menyesuaikan nyanyian dengan skor muzik mereka, lebih lembut dan santai.

“Jadi apabila saya mendengar muzik, saya cuba untuk seleraskan nyanyian kerana saya tidak mahu ‘bergaduh’ dengan muzik itu,” katanya.

Pada malam konsert Aina Abdul bersama MPO itu, Aina menyanyikan 20 buah lagu termasuk Imaji, Sumpah, Kejam, Jangan Mati Rasa Itu, Shadow dan beberapa lagu medley.

Konsert Aina bersama MPO berlangsung selama dua malam iaitu 10 dan 11 Mei dihadiri kira-kira 2,000 penonton.

Persembahan selama dua jam itu dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose sebagai konduktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya