SCTV Music Awards : Ernie Zakri bolot tiga kategori - Utusan Malaysia

SCTV Music Awards : Ernie Zakri bolot tiga kategori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi, Ernie Zakri menjadi penyanyi wanita Malaysia pertama yang tercalon dalam acara SCTV Music Awards, di Indonesia.

Ernie bersama rakan duetnya, Ade Govinda telah dicalonkan dalam tiga katogeri sekali gus iaitu Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop menerusi lagu berjudul Masing-masing.

Selain itu, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan MyMusic Records turut menduduki tangga teratas carta stesen radio di Indonesia dan Malaysia.

Kata Ernie, dia sangat bersyukur peminat di Indonesia dapat terima dengan baik sehingga lagu itu berada di kedudukan teratas di stesen radio di kedua-dua negara

“Saya sangat seronok lagu ini jadi pilihan pendengar di sana. Terima kasih Indonesia kerana terima nyanyian dari saya ini,” katanya.

Sementara itu, komposer dan penyanyi, Ade berharap kerjasama yang berlangsung ini dapat menjadi penggalak kepada anak seni di Malaysia dan Indonesia bersatu.

“Saya mewakili MyMusic Records gembira lagu yang dinyanyikan Ernie berjaya berada di kedudukan tangga yang pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.

“Terima kasih buat pendengar Indonesia dan Malaysia yang jadikan lagu Masing-Masing pilihan anda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, pihaknya turut berbangga dengan pencapaian cemerlang Ernie di negara jiran.

“Kami berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Ernie, ini dapat buktikan yang Malaysia masih memiliki ramai penyanyi berbakat besar.

“Penyanyi seperti inilah yang mampu menembusi pasaran muzik serantau dan global seterusnya menjulang nama negara.

“RIM akan berusaha untuk memupuk kerjasama yang saling menguntungkan antara penyanyi Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya