Netizen tanya “Mana mak Aliff Aziz?” - Utusan Malaysia

Netizen tanya “Mana mak Aliff Aziz?”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas nama Aliff Aziz dibangkitkan lagi menerusi pendedahan seorang wanita yang mengaku merupakan kekasihnya, ramai kalangan warganet mula tertanya-tanya, di mana perginya ibu pelakon tersebut, Hafiza Basharahil.

Ini kerana, secara tiba-tiba selepas pendedahan itu berlaku, akaun Instagramnya yang menggunapakai nama fizaaziz sebelum ini dikesan ‘hilang’ dari radar dan tidak lagi aktif.

Sebelum ini, dari semasa ke semasa, ibu pelakon tersebut antara yang aktif membuat perkongsian di Instagram terutama hantaran berbentuk ayat-ayat Islamik yang secara tidak langsung berkaitan dengan apa yang dialami mereka sekeluarga.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet sangsi dengan tindakan Hafiza itu yang disifatkan bagai mahu menyorok rasa malu.

Ia berbeza dengan sebelum ini bila mana, Hafiza begitu lantang mempertahankan kelakuan anak lelakinya itu meskipun Alif telah banyak mencetuskan kontroversi melampau terutama membabitkan wanita selain menganiaya isterinya, Bella Astillah dengan pelbagai kecurangan.

“Hilang dari radar pergi planet venus kot atau ke langit 7 cari ilham,” tulis Irene Ihdina.

“Ala.. baru nak tengok maknya kongsi ayat-ayat Islamik konon anaknya terpaling baik,” tulis Amalia Idham.

“Sebagai emak, Alif tu kena disekolahkan bukan di menangkan. Kalau dipertahankan, lemak lah lagi,” tulis Mohd Fami.

“Masih nak salahkan Bella juga ke makcik? Kena betulkan keluarga sendiri juga, yang salah tetap salah. Awak sebagai mak kena kena nasihat anak itu,” tulis Atap Rumbia.

Terdahulu, seorang wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada pelakon sensasi Aliff Aziz.

Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu tanpil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca keseorangan.

Malah, apa yang lebih memeranjatkan wanita itu turut terkejut apabila kekasih gelapnya itu masih berhubung rapat dengan pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersama Aliff baru-baru ini.

Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ’NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.

Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya