Korbankan maruah untuk jantan macam ini? Tak berbaloi - Lana Nodin - Utusan Malaysia

Korbankan maruah untuk jantan macam ini? Tak berbaloi – Lana Nodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Lana Nodin, 44, menasihatkan semua golongan wanita supaya mengelak daripada menjalin hubungan cinta dengan suami orang demi maruah diri sendiri.

Kata Lana, dia juga berasa hairan mengapa segelintir wanita sanggup menjadi orang ketiga dan bangga dengan gelaran ‘penyondol’ sedangkan masih ramai lelaki bujang yang boleh dijadikan calon suami.

“Wanita masa kini terlalu murah, mengaku girlfriend (kekasih) walaupun (lelaki) dah kena tangkap dengan perempuan lain.

“Walhal, ada bini lagi,” tulisnya pada ruangan komen hantaran sebuah portal berkaitan pendedahan wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku bercinta dengan suami Bella Astillah.

Kata pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, dia juga pernah berpakaian seksi satu ketika dahulu namun tidak pernah terlintas menggadaikan maruahnya sebagai wanita.

Aku dulu pun seksi bagai juga tapi tak adalah sampai maruah diri pun nak kena korbankan pasal jantan macam ini. Tak berbaloi,” ujarnya.

Dalam komen sama, Lana menasihati kaum hawa agar lebih berhati-hati dalam memilih kekasih mahupun bakal suami.

Sebagai wanita, dia mengakui ketika sedang sakit pun tetap mengikuti perkembangan semasa kerana terkesan dengan pendedahan dilakukan Sarah.

“Sedarlah wanita, ramai lagi lelaki yang elok untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup.

“Aku tengah sakit dekat hospital pun terkesan tengok kenyataan macam ini,” katanya lagi.

Sejak semalam dunia hiburan tanah air gempar apabila wanita dipercayai asal Singapura itu membuat pengakuan terbuka bercinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa aktres terbabit telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit selain mendakwa Aliff juga pada masa sama bercinta dengan Ruhainies biarpun sebelum ini masing-masing menegaskan mereka hanya berkawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya