Kaki Qasrina Karim lebam, tangan berdarah - Utusan Malaysia

Kaki Qasrina Karim lebam, tangan berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelakon meningkat naik, Qasrina Karim, cedera ringan semasa melakonkan babak aksi dalam drama bersiri, Legenda Puteri Qaseh musim kedua.

Menurut Qasrina, melakonkan aksi lompat pagar dalam naskhah itu adalah pilihannya sendiri sebagai satu cara melatih dirinya keluar dari zon selesa.

“Sebelum itu, pengarah ada tanya adakah saya boleh lakonkan babak itu. Walaupun aksi itu nampak ringkas, tapi saya agak takut. Namun saya setuju untuk cabar diri.

“Dalam skrip, saya kena lompat pagar dan jatuh betul-betul di atas pasir agar nampak natural. Kali pertama sudah okay, tapi selalunya pengarah minta kita lakukan sekali lagi.

“Kali kedua, ada masalah teknikal dan saya ulang untuk kali ketiga. Ketika itulah saya cedera ringan di kaki dan tangan.

“Pengarah sudah cemas dan terus jerit ‘cut’. Waktu itu saya mahu teruskan sebab saya masih okay, tidak patah tulang lagi,” katanya berseloroh kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain cedera ringan, pelakon My Famous Ex-Boyfriend itu turut mendedahkan beberapa babak penggambaran perlu ditangguhkan akibat fenomena El-Nino.

“Bayangkan penggambaran dilakukan semasa bulan puasa. Kami perlu mengejar tarikh akhir penggambaran dalam cuaca yang sangat panas.

“Sebenarnya, babak aksi tersebut sepatutnya dilakukan pada tengahari. Tapi akibat matahari terlalu terik dan tanah pun panas, kami tangguhkan penggambaran.

“Sementara menunggu cuaca sedikit redup, kami lakonkan babak yang lain,” katanya.

Walaupun masih menjalani penggambaran, gadis asal Subang Jaya itu menjanjikan sekuel Legenda Puteri Qaseh yang lebih menarik.

“Apa yang saya boleh kata, musim kedua akan lebih rencam dengan pelbagai emosi walaupun ia disiarkan di Astro Cerita yang target penontonnya ialah kanak-kanak.

“Selain itu, kerana cerita ini merupakan kisah fantasi, penonton boleh menjangkakan ada banyak imej janaan komputer yang digunakan dalam siri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya