Diserang dua lelaki, Salman Khan hampir berdepan maut - Utusan Malaysia

Diserang dua lelaki, Salman Khan hampir berdepan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI : Pelakon Bollywood, Salman Khan hampir berdepan dengan maut apabila diserang dua lelaki yang tidak dikenali di kediamannya yang terletak di Bandra Mumbai, Ahad lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal telah melepaskan lima das tembakan ke rumah pelakon tersebut sebelum melarikan diri.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai (DCP), Raj Tilak Roushan, ketika kejadian, Salman berada di kediaman bersama ibu dan bapanya.

“Empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek menggunakan senjata api jenis sniper 7.26 di kediaman Galaxy sebelum mereka melarikan diri.

“Siasatan masih dijalankan dan pihak kami mendapati dua suspek menggunakan motosikal yang telah dicuri. Motosikal yang ditunggangi mereka itu juga telah ditemui di Gereja Mount Mary, Mumbai,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Raj, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah akta cubaan mengugut dan membunuh.

“Lebih 15 pasukan penyiasat telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian,

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, suspek berniat untuk melepaskan tembakan ke udara bagi menimbulkan panik kepada mangsa,” jelasnya.

Sementara itu, Anmol Bishnoi adik kepada Lawrence Bishnoi tampil membuat pengakuan di Facebook tentang serangan yang diterima oleh Salman.

“Tembakan yang pertama dan terakhir. Selepas ini, peluru akan terus sampai kepada kamu, bukan lagi ke dinding atau ruang rumah yang kosong,” tulis Anmol yang kini melarikan diri ke Kanada.

Sebelum ini, Salman Khan pernah menerima dua kali ugutan membunuh dari kumpulan Lawrence Bishnoi-Goldy Brar selepas pelakon itu menembak seekor antelop semasa melakukan aktiviti memburu di Rajasthan pada tahun 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya