Bukan kata diri baik atau maksum tetapi aib tak perlu dicanang-canang - Izwan Azir - Utusan Malaysia

Bukan kata diri baik atau maksum tetapi aib tak perlu dicanang-canang – Izwan Azir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas personaliti tv, Izwan Azir Saleh meluahkan pandangan bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan pelakon Bella Astillah mendedahkan perilaku kecurangan suaminya, Aliff Aziz pada umum.

Perkara itu diluahkan oleh Izwan menerusi satu ciapan di platform X, semalam.

Bersama ciapan tersebut, Izwan turut memuat naik keratan artikel sebuah portal hiburan berhubung kenyataan pelakon Wardina Safiyyah berkenaan selebriti tempatan.

“Sekitar 14 tahun dulu, Wardina Safiyyah cakap dunia selebriti Malaysia ‘gah pada cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan’. Bila seorang pelakon dedahkan perilaku suaminya juga seorang artis curang bersama 11 orang termasuk adik iparnya, saya tak ada pilihan selain terpaksa setuju dengan Wardina.

“Saya macam tergamam bila perbuatan curang yang terang-terang berdosa ni diakui begitu saja. Isteri pun mengaku curang, dan ‘cover’ balik dengan kata ‘khilaf’.

“Bukan saya nak kata saya ini baik dan maksum tapi keaiban begini sebenarnya tak boleh dicanang-canang. Agama tak suruh dihebohkan semuanya,”katanya.

Sementara itu, Izwan turut menzahirkan kerisauan berhubung isu curang dilihat menjadi fenomena yang negatif ketika ini.

“Saya risau benda begini dinormalisasikan. Semua rasa benda tu biasa, yang curang rasa tak ada apa, yang tak curang pula rasa macam tak ikut trend sebab semua boleh curang. Sebenarnya sebagai selebriti, anda semua mesti beri contoh yang baik,”katanya.

Bagaimanapun, bekas pembaca berita ini mengakui tidak semua selebriti memiliki sikap seperti itu malah ada di antara mereka yang boleh dijadikan ikutan.

“Seperti Wardina akui dalam artikel tu, tak semua artis yang buruk perangainya begini. Ramai juga yang baik. Saya akui. Alif Satar sebagai contoh. Apa yang dia buat ni sekurang-kurangnya bersihkan noda-noda hitam dunia selebriti ni. Tapi kita perlukan ramai orang seperti dia.

“Dan sesuai peredaran masa (artikel itu ditulis 14 tahun dulu) saya rasa dunia selebriti sekarang ramai yang dah sedar. Saya kenal malah berkawan dengan sebilangan artis. Ramai yang baik, tidak kontroversi dan ada merit, naik kerana kebolehan, bukan kontroversi. Saya puji mereka.

“Kalau nak senaraikan memang berjela. Tapi tengok sahaja contoh dekat saya, sahabat saya Haiza. Tiada kontroversi. Paknil, Beto, Tokti. Malaysia, tolong hadirkan lebih ramai selebriti seperti ini. Keburukan akan padam dan kebaikan akan menang!”katanya.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang sebanyak 11 kali.

Paling mengejutkan, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya