Terima kasih satu ayat magis, mengapa berat nak ucap? - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Terima kasih satu ayat magis, mengapa berat nak ucap? – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak menghargai pemberian hadiah serta berat mulut untuk mengucapkan terima kasih.

Meluahkan perkara itu di Instagram kelmarin, Fasha bagaimanapun berkata, dia sememangnya mahu individu tersebut terasa dengan teguran itu memandangkan sudah bertahun ia terjadi.

“Ada sesetengah manusia tak kira rapat atau tak, bila kita buat kebaikan, mungkin sebab kita kerap buat kebaikan, jadi kadang-kadang orang kata mereka ambil kesempatan.

“Terlupa nak cakap terima kasih atau memang bukan budaya dia ucap terima kasih. Sebenarnya dah bertahun, tapi status itu nak bagi dia sedar, memang nak bagi dia terasa.

“Saya hanya manusia biasa, hanya rasa nak meluahkan, curhat orang kata,” kata Fasha ketika ditemui pada majlis Iftar Gardenia Numee & Fasha Sandha di Gardenia Bakeries, Shah Alam, kelmarin.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai banyak mengajarnya mengenai etika berhadapan dengan orang.

“Dari zaman sekolah, saya suka cakap terima kasih tapi tak sekerap selepas saya mengenali keluarga Rizal. Bekas suami saya yang sebenarnya yang banyak mengajar saya untuk selalu ucapkan terima kasih.

“Walaupun perkara itu kecil, jadi, saya banyak belajar dengan bekas suami. Sebab ketika saya jadi isteri dia, dia banyak mengajar saya macam mana etika apabila berhadapan dengan orang, nak diplomatik dengan orang.

“Selepas saya kahwin dengan dia, saya lagi kerap cakap terima kasih. Bila orang buat kebaikan dengan saya, saya akan cakap terima kasih lebih tiga kali. Saya terapkan kepada anak-anak.

“Anak-anak akan cakap terima kasih, I love you kepada saya lebih daripada lima kali sehari. ‘Thank you ibu for cooking, thank you ibu for today’. Mereka dah biasa perkataan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya