Saya masih ingat bekas suami tuduh anak sulung bukan anaknya - Rita Rudaini - Utusan Malaysia

Saya masih ingat bekas suami tuduh anak sulung bukan anaknya – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal berikutan terdapat pihak yang mendakwa dia menghalang anak-anaknya untuk berjumpa dengan bapa mereka iaitu pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan.

Menurut Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, dia kecewa dengan sikap segelintir warganet yang tidak sensitif terutama terhadap anak-anaknya yang pernah melalui fasa kesulitan hidup tanpa seorang bapa.

“Masa anak patah tangan satu Malaysia tahu, tak ada pun tanya. Orang luar tak tahu dan hanya salahkan saya. Kenapa sekarang? Kenapa bukan dulu masa saya tengah susah dan ketika anak-anak masih kecil?

“Orang cakap sedih, kasihan, aku ini yang bela berpeluh-peluh ketiak daripada kecil awak semua tak kasihan. Yang di sana modal air liur sebut sikit je nama terus rasa kasihan,”katanya dalam satu temu bual sebuah program tempatan.

Selain itu, Rita turut mendedahkan bahawa dia tidak akan pernah lupa kenyataan bekas suami yang tergamak mendakwa anak sulung mereka, Airit Rayyan bukan anak kandungnya.

“Satu benda yang saya ingat adalah apabila anak sulung saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain.Jadi jangan tengok muka anak aku. Aku takkan bagi dekat.

“Jasa bapa dia cuma bagi benih sahaja, tak ada masa saya nak hasut anak.

“Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa.Rayyan kata tak nak,”katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini juga nekad untuk tidak memaafkan sesiapa sahaja yang telah melukakan hatinya.

“Saya takkan maafkan sampai bila-bila. Saya tak boleh nak paksa diri untuk kata tidak sebab benda itu kena ikhlas, semua yang terlibat saya takkan maafkan sampai bila-bila.

“Saya tak boleh nak paksa, awak semua jangan menilai dari segi luaran, buka mata dan hati scan betul-betul,”katanya.

Terdahulu, bekas suami Rita menyebut nama anak-anak mereka menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Warganet kemudian meminta Rita untuk mempertemukan kedua-dua anak lelakinya itu dengan bapa mereka.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak kebangsaan tersebut pada tahun 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya