LOS ANGELES : Penyanyi terkemuka antarabangsa, Miley Cyrus, 32, mendakwa dia tidak tahu-menahu bahawa adiknya, Noah Cyrus, 24, pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon drama Prison Break, Dominic Purcell, 55, sebelum ini.
Menurut sumber, berikutan itu, Miley menganggap tiada apa yang salah sekiranya ibu mereka, Tish,56, membuat keputusan untuk berkahwin dengan Dominic setelah kedua-duanya menjalin hubungan cinta setahun lalu.
“Miley tidak tahu-menahu mengenai ‘drama’ percintaan antara Noah dan Dominic. Dia anggap perkara itu seakan pelik tetapi sudah tentu dia sangat menyayangi ibu mereka dan mahukan wanita itu meraih kebahagiaan terutama selepas bercerai dengan Billy Cyrus,”kata sumber.
Terdahulu, wujud dakwaan bahawa hubungan antara Noah dengan Tish mula dingin apabila dia mengetahui ibunya itu membuat keputusan berkahwin dengan bekas kekasihnya.
Tish dan Dominic berkahwin sekitar Ogos lalu dalam sebuah majlis tertutup di Malibu, California, Amerika Syarikat (AS) dihadiri keluarga terdekat kecuali Noah dan Braison.
Perkara itu dihidu ramai dan kemudiannya mencetuskan spekulasi rambang bahawa Noah kecewa dengan tindakan ibunya itu.
Drama keluarga Cyrus juga tidak terhenti disitu apabila hubungan antara adik-beradik dengan ibu bapa mereka selepas bercerai juga dikatakan seolah-olah kini terbahagi dua.
Noah dan Braison dikatakan lebih berpihak kepada bapanya, penyanyi lagu Country, Billy, manakala adik-beradiknya yang lain termasuk Miley berpihak kepada Tish.