Kita kena pandai ‘jual diri’ di TikTok - Achey - Utusan Malaysia

Kita kena pandai ‘jual diri’ di TikTok – Achey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan, Achey Bocey, berpendapat anak seni tidak seharusnya bergantung sumber pendapatan kepada program televisyen semata-mata.

Sebaliknya kata Achey, selebriti dan artis perlu aktif ‘menjual diri’ menerusi platform media sosial.

Malah, menurutnya, selebriti tidak perlu segan atau bimbang sekiranya dianggap tidak lagi popular kerana aktif di platform media sosial seperti TikTok.

“Kita perlu bijak menggunakan platform media sosial yang sedia ada. Keberadaan di media sosial akan membuatkan kita menerima tawaran reviu atau diundang ke podcast tertentu.

“Jangan bergantung kepada satu sumber pendapat. Kita perlu bijak menjual diri dalam istilah yang baik.

“Apabila populariti di sesebuah platform meledak, secara tidak langsung kita akan dapat tawaran penggambaran dan program televisyen,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambahnya lagi, populariti di platform media sosial telah membuatkannya dikenali khususnya dalam kalangan pengguna generasi muda.

“Kalau tanya budak-budak generasi muda, majoritinya tidak mengenali saya sebagai bekas peserta rancangan lawak. Mereka hanya mengenali saya menerusi platform TikTok.

“Populariti di media sosial lebih penting untuk memastikan kita tetap relevan dalam kalangan peminat generasi muda. Pendek kata, kitalah yang mencorak siapa diri kita,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya