Fokus pembangunan idea atasi peningkatan filem ‘sampah’ - Utusan Malaysia

Fokus pembangunan idea atasi peningkatan filem ‘sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin memaklumkan akan menyemarakkan pembangunan idea menerusi program-program membabitkan penghasilan drama dan filem tempatan.

Kata Azmir langkah tersebut adalah untuk membasmi filem-file bertaraf ‘sampah’ yang semakin banyak dihasilkan di Malaysia kebelakangan ini.

“Kami telah kenal pasti filem-filem ini. Tetapi peratusan filem tak berkualiti tidaklah banyak jika dibandingkan dengan filem yang bagus.

“Apa pun, Finas akan atasi kelemahan. Fokus kami adalah kepada pembangunan idea dengan mempelbagaikan program usahasama membabitkan penggiat antarabangsa untuk memberi pendedahan kepada pembikin tempatan.

“Kami bercadang hantar penulis skrip dan penerbit mengikuti program kerjasama berkenaan,” katanya pada sidang media Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 baru-baru ini.

Festival berkenaan bakal berlangsung antara 21 hingga 28 Julai tahun ini.

Azmir diminta mengulas tentang kebanjiran filem-filem tempatan berkualiti rendah yang lolos tayangan di pawagam seluruh negara kebelakanhan ini.

Dalam masa yang sama, Azmir menasihatkan pembikin filem tempatan agar menyahut seruan kerajaan dengan menghasilkan filem tempatan berkualiti untuk kelangsungan industri perfileman negara.

“Kita tak boleh menjangkakan sambutan masyarakat terhadap filem kita. Tapi kita boleh tetapkan hala tuju serta kualiti filem yang dihasilkan.

“Kepada pembikin filem, belajarlah dan perbaikilah mutu penghasilan filem apabila gagal di percubaan pertama.

“Kerajaan dah sediakan platform dan wujudkan peluang. Tinggal kita untuk meneruskan dan memanfaatkan peluang yang diberikan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN