Engku Emran terharu Aleesya tulis buku kanak-kanak - Utusan Malaysia

Engku Emran terharu Aleesya tulis buku kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Bekas suami primadona tanah air, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, meluahkan rasa terharu apabila anak tunggal mereka, Engku Aleesya, 15, berjaya menghasilkan sebuah buku kanak-kanak untuk pasaran tempatan.

Perkara itu dikongsikan oleh Emran menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Emran mengakui terharu dengan dedikasi yang telah dicurahkan oleh Aleesya dalam menghasilkan buku yang tidak disebut judulnya itu.

“Baru-baru ini, anak perempuan saya telah berjaya menyiapkan satu naskhah buku yang ditulis untuk golongan kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun.

“Aleesya juga telah menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat penerbitan dan edaran buku tersebut.

“Sebagai ayah, saya rasa sangat terharu atas dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh Aleesya. Seharusnya saya juga perlu berterima kasih kepada ibunya kerana telah banyak memberikan sokongan,”katanya.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007, namun tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya