Anna Jobling sediakan 1,000 kad raya menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Anna Jobling sediakan 1,000 kad raya menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon jelita, Anna Jobling, mengakui telah menyediakan sebanyak 1,000 keping kad ucapan hari raya sempena menyambut lebaran pada tahun ini.

Menurut Anna, dia menaruh keyakinan bahawa masih ada kalangan individu yang gemar membuat ucapan menerusi penghantaran kad raya sebagai pengganti diri.

Berikutan itu, Anna berkata, tiada salahnya sekiranya dia meneruskan tradisi tersebut setelah mula berbuat demikian pada tahun lalu.

“Ini merupakan tahun kedua saya meneruskan tradisi memberikan kad raya kepada keluarga, rakan-rakan serta khusus buat peminat di sini termasuk di Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Sejujurnya, saya sangat teruja untuk meneruskan Projek Kad Raya tahun ini. Tahun lepas, bila
saya terima maklum balas daripada peminat terutamanya di media sosial, semuanya
positif.

“Malah mereka siap buat video cantik dan tag saya di media sosial. Bukan itu sahaja,saya juga berkongsi sampul raya eksklusif sebagai cenderamata buat mereka,”katanya.

Dalam pada itu, kata Anna, projek kad raya yang dilakukannya itu akan mula diedarkan pada minggu depan.

“Bagi saya, selain menyebarkan kegembiraan dan mempererat kemesraan sesama peminat, saya juga ingin
menghargai pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya saya sekali gus menghidupkan budaya yang semakin dilupakan ini,”katanya.

Dalam perkembangan lain, sepanjang Ramadan tahun ini, Anna memilih untuk lebih banyak
meluangkan masa bersama keluarga tersayang dan berehat dari aktiviti lakonan selain menghadiri jemputan majlis berbuka puasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya