Anak saya tak pukul orang, bekas pembantu itu yang mahu hidup bebas - Zarina - Utusan Malaysia

Anak saya tak pukul orang, bekas pembantu itu yang mahu hidup bebas – Zarina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Zarina Zainuddin menyangkal dakwaan bekas pembantu rumahnya, Rahayu yang mendakwa dia melarikan diri dari rumah aktres itu disebabkan tidak tahan dipukul oleh anaknya, Azil yang menghidap autisme.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina berkata anaknya tidak pernah memukul orang dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.

Dakwa Zarina, bekas pembantu rumahnya itu melarikan diri disebabkan mahu hidup bebas.

“Anak saya ini anak istimewa. Dia pukul diri dia sendiri sahaja, dia tak akan pukul orang lebih-lebih, dia gengam tangan sahaja.

“Jangan fitnah anak saya macam ini, dia tak tahu apa-apa. Dia mengamuk pun dia pukul muka dia sendiri bukan pukul orang.

“Kau kalau nak hidup bebas dekat luar itu senang nak ke mana-mana jangan kau buat cerita bukan-bukan, pencuri! Patutlah rantai labuh dan gelang itu lama aku cari tiada, kau kebas,”katanya.

Dalam hantaran sama, aktres berusia 53 tahun itu meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi tidak benar.

Tegas Zarina, dia bersusah payah mencari duit untuk membayar gaji bekas pembantu rumahnya, namun tidak menyangka individu tersebut sanggup menipu dirinya.

“Orang luar tak tahu cerita jangan sedap mulut sahaja cakap aku putar belit. Tak kena dekat kalian, dekat mak korang boleh lah cakap.

“Aku kerja setengah mati cari duit nak bayar duit pembantu rumah dengan harga puluh ribu, dia blah (berambus) korang boleh sokong dia. Tiada otak ke awak semua?

“Ingat aku ini senang ke cari duit macam-macam benda aku hadap. Dah dua kali aku kena tipu dengan agensi dan pembantu rumah ini. Dia blah tinggalkan anak aku masa aku pergi luar daerah. Aku ini pergi cari duit nak bayar gaji dia.

“Awak semua bulan-bulan puasa ini tiada hati perut kan. Orang tak tahu cerita dah cakap bukan-bukan, tak apalah, Allah ada,”katanya.

Terdahulu, Rahayu menerusi perkongsian video di TikTok mendakwa sebab dia melarikan diri kerana tidak tahan dipukul oleh anak Zarina bernama Azil.

Dakwa Rahayu, dia juga mempunyai bukti selain menafikan dakwaan dirinya mencuri barangan emas milik aktres itu.

Zarina sebelum ini menerusi hantaran di Instagram miliknya mendedahkan pembantu rumahnya telah melarikan diri dan mencuri barangan emas miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya