Aisha Retno bangga terpilih ke Java Jazz Festival Indonesia - Utusan Malaysia

Aisha Retno bangga terpilih ke Java Jazz Festival Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas meraih kemenangan di tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), penyanyi, Aisha Retno bakal mengadakan persembahan di Java Jazz Festival di Indonesia.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Aisha memaklumkan bakal mewakili tanah air ke negara seberang dalam festival muzik berkenaan yang dijadualkan bakal berlangsung pada Mei hadapan.

Menurut Aisha ia merupakan antara pencapaian yang membanggakan dalam kerjaya seninya.

“Alhamdulillah! Mewakili Malaysia untuk Java Jazz Festival pada 24-25 Mei 2024 di Indonesia. Ini merupakan impian besar yang menjadi kenyataan untuk tampil di salah satu festival jazz terbesar di Jakarta, Indonesia.

“Saya hilang kata-kata dan masih berasa kagum. Ini adalah untuk keluarga dan rakan-rakan saya terutama para penyokong saya, baik di dalam mahupun di luar Malaysia yang menyokong karier muzik saya selama 4 ke 5 tahun ini,”katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini meluahkan rasa syukur dan sama sekali tidak menyangka akan dilamar untuk menjadi salah seorang penyanyi pada festival tersebut.

“Ketika saya mendengar berita ini dari @arieeanggara dia menghubungi saya dan berkata ‘kamu mahu tampil di Java Jazz Festival tahun ini?’

“Saya bersama ibu saya menjawab, ‘Ya Allah, Alhamdulillah tentu saja!

“Festival yang ibu saya perkenalkan kepada saya ketika saya masih kanak-kanak, akhirnya 10 tahun kemudian saya akan berada di festival yang sama juga. Sungguh indah perancangan Allah.

“Terima kasih lagi Kak Arie, produksi Java Jazz Festival yang telah memilih saya untuk bergabung dan menjadi sebahagian dari festival ini. Jumpa kalian pada 25 Mei di Jakarta!”katanya.

Menjengah ke ruangan komen, berita gembira yang dikongsikan Aisha itu mendapat perhatian rakan seindustri antaranya Elly Mazlein, Anuar Zain dan Alif Satar yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaiannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya