A Aida ‘tempah’ Bella Astillah setahun - Utusan Malaysia

A Aida ‘tempah’ Bella Astillah setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selepas menyenarai hitam pelakon, Ruhainies, daripada terlibat dalam drama terbitannya, penerbit terkenal, Datuk A Aida menawarkan peluang pekerjaan kepada aktres, Bella Astillah.

A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 54, menawarkan tiga kontrak drama iaitu Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo kepada Bella di bawah rumah produksi miliknya, A Aida Productions.

“Selepas buang nama Ruhainies, kami berbincang bersama pasukan produksi dan terfikir tentang Bella. Saya sendiri hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

“Bukan satu, tapi tiga skrip sekali gus. Saya juga buka peluang untuk Bella terlibat dalam saluran Salam HD milik saya,” katanya kepada pemberita.

A Aida turut memuat naik video penyerahan kontrak dan skrip kepada Bella menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya.

“Ada drama juga telefilem. Senang cerita, setahunlah kakak ‘lock’ Bella berlakon,” katanya dalam video berkenaan.

Bella yang juga ibu kepada dua orang anak itu hadir berpakaian merah jambu menyambut tawaran itu dan mengucapkan terima kasih kepada A Aida.

“Alhamdulillah, banyaknya tawaran,” kata Bella tersenyum.

Selepas berita tangkap khalwat membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar, A Aida memuat naik kenyataan di Instagram memaklumkan terang-terangan sudah memboikot Ruhainies daripada terlibat dalam dramanya.

A Aida turut menyatakan Ruhainies pernah menjadi pelakon kesayangannya sebelum ini.

Bukan hanya Ruhainies, A Aida turut memberi amaran bahawa mana-mana pelakon bermasalah akan menerima nasib yang sama seperti Ruhainies.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya