Tikam belakang, Amir Jahari dedah artis terkenal suka ‘sailang job’ - Utusan Malaysia

Tikam belakang, Amir Jahari dedah artis terkenal suka ‘sailang job’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Amir Jahari, mengakui tidak boleh melupakan peristiwa hitam apabila beberapa tawaran persembahannya dibatalkan akibat perbuatan seorang artis terkenal.

Dakwa Amir atau nama penuhnya, Mohamad Amirullah Jahari, 32, artis yang enggan didedahkan namanya ini mempunyai pengaruh besar dalam industri, maka dengan mudah mencantas tawaran persembahannya di saat akhir.

“Perkara ‘sailang job’ dan tikam belakang ini sudah lama berlaku kepada saya sejak zaman terbitnya lagu Tanpamu lagi.

“Situasinya lebih kurang begini, saya dapat tawaran menjayakan persembahan dan penganjur memang mahu saya nyanyi.

“Tapi kerana artis B ini tahu saya akan buat persembahan dan dia kenal klien program, maka persembahan saya dibatalkan saat akhir untuk digantikan dengannya,” kata Amir ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, dedah penyanyi Hasrat ini lagi, dia pernah mendidik dan mengasah bakat seorang penyanyi muda sehingga namanya semakin dikenali.

Namun, terdapat syarikat yang berduit datang dan mendakwa artis tersebut semakin terkenal kerana usaha mereka.

“Saya pernah asah bakat seorang artis ini. Saya jumpa dia dahulu, cuma saya tak boleh nak cakap dia artis rakaman kerana saya tiada syarikat label.

“Tapi kemudian ada satu label rakaman ambil artis ini, dan buat pengakuan kononnya merekalah yang jumpa artis ini dahulu.

“Sedangkan artis tersebut tidak pernah membuat kenyataan seperti itu,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, dedah finals AF Megastar ini terdapat banyak lagi situasi tidak adil yang dihadapinya sepanjang bergelar anak seni.

“Sebenarnya banyak lagi perkara lain seperti hal melibatkan hak komposer dan penulis lirik seperti sudah menjadi tragedi rahsia orang-orang dalam industri.

“Kalau berjuang sampai mati pun belum tentu berhasil. Bagi saya, bila kita sudah berusaha tapi tiada juga penambahbaikan. Saya halalkan sahajalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya