Saya kena paksa diri terima belum ada rezeki zuriat - Janna Nick - Utusan Malaysia

Saya kena paksa diri terima belum ada rezeki zuriat – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit dan pelakon, Janna Nick, mengakui setiap kali memmbuat ujian kehamilan kendiri, dia sentiasa menaruh harapan untuk menerima perkhabaran gembira mengenai zuriat.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Tiktok, Janna meluahkan rasa hampa kerana rezeki belum berpihak kepadanya dan suaminy, Dini Schatzmann untuk bergelar ibu dan bapa.

“Terbangun tidur 4 pagi, buat keputusan untuk lakukan ujian kehamilan kendiri. Buat masa Dini tidur, jadi dia tak nampak saya stres. Harap-harap tak kecewa lagi. Penat dah berharap.

“Doa selagi mampu sebab memang teringin sangat. Gementar setiap kali nak periksa keputusan kit. Berharap dapat ‘dua garisan’ jadi saya boleh buat kejutan untuk Dini. Baru nampak keputusan, pelik sebab dah cuba bermacam cara.

“Kena paksa diri untuk terima ‘belum rezeki’,” kongsi Janna.

Perkongsian itu dibuat selepas Janna menerima pertanyaan netizen di TikTok yang ingin mengetahui sama ada aktres itu hamil atau tidak memandangkan badannya kelihatan berisi.

Menjawab pertanyaan netizen, Janna berkata, badannya semakin berisi disebabkan kurang pergerakan kerana bimbang sukar hamil.

“Dah masuk fasa psiko dah. Jawapan bagi soalan badan berisi? Sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala aktiviti yang saya suka, yoga, sauna, senaman berat, kerja berlebihan sebab nak bagi badan cukup rehat.

“Makan segala jenis suplemen sampai muka naik jerawat-jerawat besar. Mula rasa psiko bila setiap bulan semua benda yang saya rasa itu seakan simptom mengandung.

“Tolong fahami bahawa usaha untuk mengandung itu tidak mudah. Saya faham dan terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama-sama berjuang dan menanti akan dapat anak yang comel,” katanya.

Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini pada 10 Jun tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN