Program popular Jepun cari bakat penyanyi Malaysia - Utusan Malaysia

Program popular Jepun cari bakat penyanyi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program pencarian bakat yang pernah melahirkan penyanyi fenomena di Jepun, AKB48, bakal melakukan uji bakat di Malaysia bagi mencari ahli untuk artis berkumpulan wanita yang baru.

Program yang diberi nama ‘KLP48 : 1st Generation Audition – I shine from the Heart of Asia’ itu telah membuka penyertaan untuk uji bakat di Malaysia bermula 19 Februari sehingga 31 Mac ini.

Menurut Pegawai Eksekutif 48 Entertainment Sdn Bhd, Jun Hiraguchi, projek itu diharap bakal mencetuskan fenomena selain mengetengahkan bakat terbaik dari Malaysia.

“Kami amat berbangga kerana dapat melebarkan empayar AKB48, JKT48, TPE48, CGM48 di Malaysia.

“Apa yang kami inginkan daripada KLP48 ialah adalah kualiti sebenar penghibur dari para gadis yang hadir untuk uji bakat.

“Semoga kami dapat menonjolkan bakat semula jadi mereka dengan baik sekali gus menjadikan mereka artis idola seperti kumpulan sebelum ini,” katanya menerusi sebuah siaran akhbar.

Penyertaan uji bakat dibuka kepada gadis berusia 13 hingga 23 tahun. Peserta juga mestilah menunjukkan bakat dengan kualiti nyanyian dan tarian yang terbaik.

Terdahulu, fenomena dan kejayaan AKB48 turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai Kumpulan Pop Dengan Anggota Teramai Di Dunia.

Kemudian jenama itu terus unggul dengan penubuhan kumpulan JKT48 dari Jakarta, Indonesia pada 2011.

Mereka kemudian menubuhkan kumpulan iaitu BNK48 (Bangkok, Thailand, 2017), AKB48 Team TP di Taipei, Taiwan pada 2018.

Mereka turut menubuhkan MNL48, (Manila, Filipina), AKB48 Team SH (Shanghai, China), SGO48, (Ho Chi Minh, Vietnam) dan CGM48 di Thailand yang ditubuhkan pada 2 Jun 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN