Isteri saya sukar menangis di khalayak ramai - Dr Say - Utusan Malaysia

Isteri saya sukar menangis di khalayak ramai – Dr Say

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pempengaruh dan pengacara, Dr Say Shazri, mengakui tidak menyangka isterinya, Dr. Azura, menitiskan air mata selepas dia dinobatkan sebagai pemenang kategori Pencipta Bahan Kandungan (Motivator) Tergempak sempena Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23).

Menurut Say atau Muhammad Shazril Shaharuddin, situasi tersebut luar biasa baginya kerana isterinya merupakan seorang yang sukar menangis di khalayak.

“Saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka isteri akan menitiskan air mata.Sumbangan isteri sangat besar. Sebenarnya dia yang akan menyemak semua kandungan sebelum saya muat naik. di media sosial.

“Dia adalah otaknya, saya hanya penggerak. Kebanyakan apa yang saya kongsikan adalah hasil bacaan dan kajian kami bersama,” katanya.

Say ditemui Utusan Malaysia di sidang media sejurus penyampaian anugerah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, malam tadi.

Selain itu, pengacara program My Doctors itu dalam ucapannya mengingatkan anak muda untuk menimba ilmu dan menghabiskan pelajaran.

“Hari ini semua orang mahu menjadi pencipta kandungan, mahu jadi terkenal sehingga ada yang berhenti belajar atau enggan menyambung pelajaran.

“Tapi yang berjaya mungkin satu persen. Kita perlu fikir kandungan apa yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Ilmu juga akan membuat kita bijak mengendalikan emosi dan tidak cepat melatah,” katanya.

Gempak Most Wanted Awards 2023 merupakan anugerah yang mengangkat dan meraikan bukan hanya selebriti, tetapi juga pencipta kandungan serta selebriti media sosial di negara ini.

Dengan tema Y2K, GMWA23 diacarakan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya