Empat tahun jadi mangsa fitnah dan gangguan individu itu - Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Empat tahun jadi mangsa fitnah dan gangguan individu itu – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ernie Zakri, mendedahkan sudah empat tahun menjadi mangsa gangguan seorang individu di media sosial.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, individu tersebut mempunyai pelbagai akaun yang digunakan untuk menabur fitnah.

“Saya sebenarnya enggan menghebohkan isu ini kerana akan buang tenaga saya.

“Saya memang sudah diganggu dengan peminat ini sejak bertunang beberapa tahun lalu.

“Pada saya, mungkin dia kurang sihat kerana ada masa untuk gali semua kehidupan saya,” katanya.

Ernie ditemui Utusan Malaysia di Meet and Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlangsung di Pasar Seni, hari ini.

Mengulas mengenai spekulasi dirinya dengan pemuzik Anwar Amzar, Ernie menegaskan fitnah itu turut datang daripada individu yang sama.

“Saya, Anwar dan Syamel diganggu oleh orang yang sama. Awalnya kami (Ernie dan Syamel) ketawa, kerana kami sudah biasa.

“Apa yang jadi ini menbuatkan saya dan Syamel lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan kami.

“Tak semua orang suka tengok saya dan Syamel bahagia, mungkin kerana cemburu,” katanya.

Menurut Ernie, dia pernah mengambil langkah menasihati individu tersebut malangnya tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Dia menggunakan banyak sangat akaun. Saya dan Syamel pernah juga pesan dan menasihatinya, tapi tak jalan.

“Saya juga ingin mengambil tindakan undang-undang kerana enggan memperbesarkan isu ini.

“Kecuali kalau ia sudah melibatkan maruah saya dan keluarga,” tambahnya.

Terdahulu, seorang pemuzik, Anwar Amzar berkongsi tangkap layar seorang individu menuduhnya menjalin hubungan dengan penyanyi Ernie Zakri.

Anwar bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan dia dan Ernie hanyalah rakan sekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN