Tiara Andini bawa darah perempuan Jawa dalam muzik Kpop - Utusan Malaysia

Tiara Andini bawa darah perempuan Jawa dalam muzik Kpop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi Indonesia, Tiara Andini, membawakan gabungan muzik Jawa dan Korea Selatan dalam lagu terbaru bertajuk ‘Ngeluwihi’.

Menurut Tiara, Ngeluwihi merupakan perkataan asal Jawa yang bermaksud melebihi dan penyanyi ini ingin membawa asal usulnya sebagai perempuan berdarah Jawa ke dalam single tersebut.

Tambah pemenang Penyanyi Solo Paling Ngetop SCTV Music Awards 2023 ini lagi, demi memberikan hasil terbaik dalam lagu tersebut,dia turut menyarungkan busana Jawa hasil kolaborasi dengan Jember Fashion Carnaval.

“Ngeluwihi turut menampilkan Gunungan atau Kayon iaitu bentuk kon yang ada di dalam wayang kulit melambangkan kehidupan manusia di dalam videonya.

“Saya ingin membawa budaya di mana saya lahir, iaitu budaya Jawa.Ternyata setelah dicuba, hasilnya sangat memuaskan. Tidak hanya lagunya, tetapi semua hasil produksinya melebihi jangkaan saya sebelumnya,” ujarnya.

Selain itu, kata Tiara, dalam lagu ini, dia ingin kembali bekerjasama dengan penerbit muzik dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang pernah mengasilkan lagu untuk kumpulan Dolla bagi album Classic.

Tiara juga berharap warna muzik yang ingin ditampilkan dapat diterima dan didengar masyarakat Malaysia.

“Harapannya lagu ini dapat dinikmati lebih meluas. Semoga lebih ramai yang boleh mengetahui budaya Jawa yang ditampilkan dalam single ini.

“Selain itu, semoga makna lagu ini juga boleh menjadi motivasi kepada pendengar,” katanya.

Lagu Ngeluwihi boleh didengar di semua platform penstriman dan muzik video boleh ditonton menerusi Youtube Tiara Andini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN