Soal anak, memang kami selalu bertimbang rasa - Ally Iskandar - Utusan Malaysia

Soal anak, memang kami selalu bertimbang rasa – Ally Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Personaliti televisyen, Ally Iskandar, mengakui tumpang gembira dengan perkahwinan bekas isterinya, Farah Lee, dan mendoakan kebahagiaan buatnya bersama suami yang dikenali sebagai Fuad.

Menerusi sebuah video temu ramah yang tular di TikTok semalam, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 48, bersyukur kerana anaknya, Maream Esabel, akan dapat merasai sebuah keluarga yang lengkap.

“Farah kata tadi, sekarang kami berdua sudah seri kerana masing-masing sudah berkahwin lagi. Saya bersyukur dan gembira kerana anak kami, Maream, akan dapat merasai keluarga lengkap dengan ayah dan ibu.

“Saya tengok wajah Fuad pun sejuk hati. Saya yakin dia akan menjadi bapa yang hebat kepada anak kami,” katanya.

Selain itu, kata Ally, dia dan Farah mempunyai pendirian untuk selalu bertolak ansur dan mengutamakan kebajikan anak meskipun tidak lagi bergelar suami dan isteri.

“Di akhirnya, kita semua mempunyai pendirian untuk mengharungi semua ini. Walaupun berbeza cara, namun kami perlu cari jalan tengah untuk pastikan anak hidup dalam satu institusi keluarga meskipun berjauhan.

“Soal anak, memang saya dan Farah akan selalu bertimbang rasa,” katanya.

Untuk rekod, pengacara Ally Iskandar bernikah dengan Farah Lee pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel.

Pada Jun 2019, Ally telah menamatkan zaman bujang sekali lagi dengan wanita bernama Marlina Ibrahim di Temerloh Pahang manakala Farah Lee bertemu jodoh dengan Fuad dan berkahwin pada 6 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya