Pencapaian besar untuk artis kecil macam saya - Imran Ajmain - Utusan Malaysia

Pencapaian besar untuk artis kecil macam saya – Imran Ajmain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Penyanyi, Imran Ajmain tetap bergerak perlahan dan berhati-hati dalam merencana karier seninya biarpun mungkin di mata peminat dia sudah boleh meraih pelbagai pencapaian.

Jelas penyanyi kelahiran Singapura itu, pencapaian yang dimiliki setakat ini dianggap sudah cukup besar apatah lagi dia sentiasa merasakn dirinya terlalu kecil dalam industri seni.

“Alhamdulillah, tiket Konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain di Singapura dan dua malam di Kuala Lumpur habis dijual. Itu satu pencapian yang cukup membanggakan.

“Sebenarnya sebagai artis dari Singapura, saya tak pernah ada jangkaan nak buat konsert berskala besar. Pergerakkan kitabterhad sekadar mahu menyanyikan karya-karya seni sahaja.

“Tetapi bila ada pihak yang percaya dan yakin serta saya sambut dengan komitmen dan usahasama membolehkan apa yang direncana berhasil,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Bakal mempersembakan 25 lagu malam ini di Victoria Concert Hall sempena Malam Seribu Tahun Imran Ajmain Singapura, perasaan gementar mula dirasai.

Apatah lagi, dia kembali menggegarkan pentas di tanah kelahiran ya sendiri selepas kali teralhir mengadakan persembahan berskala besar pada 2018.

Dalam pada itu, konsert malam ini juga bakal menjadi ‘sesi pembelajaran’ bagi segelintir pihak yang mungkin menganggap Imran sebagai penyanyi one hit wonder.

“Malam ini saya beri lebih perhatian kepada lagu-lagu sendiri. 25 buah lagu yang mencerita perjalanan hampir 20 tahun saya dalam industri seni.

“Susunan muzik malam ini juga lebih dinamik. Berbeza daripada nuansa muzik mendayu-dayu seperti yang peminat sudah biasa dengarkan. Kita suntik elemen pop rock,” ujarnyaz

Untuk info, penyanyi Seribu Tahun itu juga bakal mengadakan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain di Menara Ken TTDI pada 2 dan 3 Februari depan.

Malah, Imran juga baru sahaja melancarkan lagu baharu, Padam Dan Pergi yang merupakan hasil ciptaan bersama bakat muda, Ahmadul Amin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN