Mungkin Tyzo tak lagi berminat, maklum mahu kontrak enam bulan - Suria FM - Utusan Malaysia

Mungkin Tyzo tak lagi berminat, maklum mahu kontrak enam bulan – Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengurusan stesen radio Suria FM, menjelaskan, bekas penyampai radio, Tyzo, telah membuat permintaan supaya kontraknya cuma disambung selama enam bulan dalam satu perbincangan yang dibuat pada Ogos 2023.

Menurut Pengerusi Kumpulan Star Media Radio, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Tyzo telah membuat permintaan tersebut meskipun pada awalnya pengurusan telah membuka tawaran agar kontraknya disambung selama setahun.

“Dalan kes Tyzo, sebenarnya kontraknya tamat pada 9 Oktober 2023. Dua bulan sebelum itu, Ogos 2023 kita ada berjumpa dengannya dan beritahu nak sambung kontrak selama setahun.

“Dia jawab ya tapi cuma selama enam bulan sahaja sebab dia ada perancangan lain. Pada pendapat saya, mungkin kerana dia baru saja memenangi Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu.

“Kami ulang banyak kali betulkah dia mahu kontrak enam bulan dan beri masa seminggu untuk dia fikir. Namun keputusannya tetap sama. Disebabkan itu kami akur dan ikut kemahuannya supaya kontrak bermula 9 Oktober 2023 adalah sehingga 9 Mac 2024.

“Dia juga tidak ada berjumpa dengan pihak kami kemudiannya. Dua-dua pihak diam, jadi saya buat kesimpulan Tyzo mungkin tidak berminat untuk terus bersama dengan Suria FM,”katanya.

Aminuddin berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Menara Star, di sini, hari ini.

Selain itu, jelas Aminuddin, pihaknya juga telah membuat penilaian menerusi dua aspek utama iaitu dari segi jumlah pendengar dan juga kewangan syarikat.

Menurutnya, segmen kendalian Tzo sebelum in iaitu Suria Petang tidak mencatatkan jumlah pendengar tinggi dan menunjukkan penurunan.

Justeru penamatan kontrak Tyzo juga bersempena pembaharuan yang dibuat untuk memantapkan lagi Suria bagi tahun 2024 ini.

Selain itu, kata Aminuddin, pihakya juga telah meminta Tyzo untuk tamat bersiaran segera memandang ia lebih sesuai dengan perancangan baharu program Suria FM tahun ini.

“Kami tawarkan kontrak baru buat Tyzo namun dia hanya minta untuk enam bulan sahaja.
Memandangkan banyak programbaru tahun ini jadi saya rasa lebih baik dia tamat bersiaran segara.

“Pihak kami mash membayar gaji Tyzo sehingga Mac nanti. Penyampai baharu dimasukkan awal sempena dengan program survey yang akan berlangsung Februari,” katanya.

Dalam masa sama Aminuddin turut mengulas tentang is penamatan kontark Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.

“Video kononnya Tyzo kata dia dianiaya menjadi tular. Ramai yang simpati kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.

“Ramai yang kecam dan menuduh. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.

“Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitnah, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN