Bunga Citra Lestari tiada hasrat timang anak bersama Tiko - Utusan Malaysia

Bunga Citra Lestari tiada hasrat timang anak bersama Tiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari, mendedahkan dia tidak mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.

Menerusi laporan media tempatan, Bunga memaklumkan dia tidak bercadang untuk menambah anak lagi dan memadai bahagia dengan kehadiran Noah, anak tunggalnya di sisi.

Perkara ini dikongsi olehnya ketika dijemput menjadi tetamu bagi sebuah rancangan podcast di Youtube.

Menurut penyanyi berusia 40 tahun itu, dia membuat keputusan sebegitu kerana umurnya yang sudah semakin meningkat.

Malah, Bunga juga bimbang sekiranya dia mengandung pada usianya yang sekarang, ia boleh menjejaskan kesihatannya.

Tambahnya lagi, apabila wanita berumur 35 tahun ke atas, mereka sudah mempunyai risiko untuk mengandung.

“Untuk memiliki anak lagi, rasanya tidak. Nampaknya berisiko jika saya sudah empat puluh. Umur 35 hingga 40 sudah berisiko untuk mengandung,”katanya.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak iaitu Noah yang kini berumur 13 tahun.

Sehinggalah pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya